Khamis, 15 Mac 2012

ANTARA BERITA YANG TIDAK DISIARKAN DI TV....

FENOMENA gejadah sedemikian rupa sering berlaku dalam media elektronik milik Barisan Nasional. Bila sesuatu yang mencerminkan kebobrokan pasukannya maka tiadalah pojok berita yang menyebarkannya.

Dasar kerajaan yang hanya mahu berkuasa terhadap Malaysia selama-lama jelas menunjukkan betapa tidak demokrasinya negara. Berbagai andaian dan tohmahan yang melemahkan pembangkang dalam segenap segi serta memperlekehkannya saja yang tersiar dalam ruangan tv kerajaan.

Kisah 30 orang Asli yang mahu berjumpa dengan KM Melaka untuk membantah membantah tindakan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Mohd Ali Rustam yang berhasrat mewartakan 16 perkampungan Orang Asli di Melaka dengan pemberian tanah sebanyak 520.39 hektar kepada 363 ketua isi rumah.

Mereka juga menuntut segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat Orang Asli dihentikan dan menarik balik lesen yang diberikan kepada kontraktor yang bekerja di atas tanah itu.

Pihak yang berkenaan juga perlu membayar pampasan yang sewajarnya menurut Perlembagaan Persekutuan di atas kerosakan dan kerugian yang kami hadapi dan mengiktiraf wilayah adat Orang Asli menurut peta komuniti Orang Asli.  Cerita ini tidak disiarkan dalam tv...kisah KM yang lari dan tak mahu jumpa rakyat...

Apa yang sangat lucu ialah bila keadaan yang sama berlaku terhadap negeri di bawah tadbiran pembangkang sudah tentu berita ini akan disebarkan dengan kerap dan berulang-ulang......

Bila berita sensasi seperti kisah sedih dan tragedi banyak pula disiarkan....itupun dalam pandangan yang berlainan bahkan hanya dalam satu dimensi saja....

'Hati saya menangis'

Kisah-kisah tragis yang melibatkan rasa sadis seperti pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak sering diberikan penerangan dalam dimensi yang menagih simpati dan dan diuar-uarkan dalam suasana yang amat berbeza.

Padahal pada masa yang sama itu juga mempamerkan betapa ibu bapa kanak-kanak itu langsung tidak kisah dengan anak mereka sendiri, bahkan yang paling sedih ialah budak sebesar itu telah dididik agar dibiarkan keseorangan untuk membeli makanan segera. Anak itu sendiri seolah tidak dipedulikan oleh keluarga mereka sendiri.

Hal yang lebih besar menggambarkan bahawa keselamatan di Malaysia begitu longgar dan masih banyak perlu dibaiki. Jangan pula pihak keselamatan asyik menjaga hal-hal orang politik semata-mata. Tapi sebaliknya orang awam sering dilanda jenayah. Longgarnya keselamatan awam terhadap jenayah sadis sedemikian. Jadi siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan? Penjenayah, ibu bapa atau pihak keselamatan?

Jika difikirkan secara selapis memang benar penjenayah yang terlibat seratus peratus harus dipersalahkan. Tapi benarkah ibu bapa, waris, jiran dan pihak keselamatan tidak terlibat dalam hal yang sama? Jangan siarkan satu dimensi saja. Berselindung di sebalik kesedihan kehilangan orang tersayang kemudian cuba menangguk di air keruh agar diberi berbagai kemudahan selepas kejadian ini.

Ini sifat orang yang mencari keuntungan material dengan membayar harga sebuah kesedihan. Kemudian mengharapkan sesuatu. Ikhlaskah demikian?

Heboh memperkatakan tragedi sedih tanpa sedikitpun menyatakan betapa sanggupnya kita sebagai ibu membiarkan anak sekecil itu berpeleseran sendirian....

Berita ini langsung tidak disiarkan di tv demi menjaga privasi keluarga mangsa....tapi pada hakikatnya masih banyak dimensi yang harus dilihat dalam situasi sebegini. JANGAN hanya melihat dari satu sudut kesedihan semata-mata kemudian nilai kesedihan itu akan dibayar oleh kerajaan dan orang perseorangan dalam berbagai bentuk kemudahan demi mendapat bantuan atas nama meredakan kehilangan orang tersayang....Padahal sayangkah kita dengan membiarkan anak bersendirian melakukan aktiviti yang jauh daripandangan mata......

Ahhhhh...segala-galanya adalah takdir.....takdir dan takdir......pasrahlah.....

Pasti ada hikmah di sebaliknya....



PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code