PATUTLAH rakyat biasa yang tiada kroni dengan orang besar dalam UMNO tidak pernah dapat projek besar. Sebaliknya suami menteri atau menteri sendiri mendapat berbagai projek mega untuk diterajui oleh anak dann keponakan mereka.
Segala projek kelas 'A' semuanya dipelopori oleh kaum kerabat Pak Menteri UMNO di Malaysia. Semua projek ini juga diberi pinjaman mudah oleh kerajaan walaupun projek itu gagal dilaksanakan dengan jayanya.
Projek dan kroni ini telah lama bertapak dalam UMNO sejak Mahathir lagi. Patutlah Mahathir mengamuk bila projek jambatan bengkok tidak diluluskan Pak Lah sehingga sanggup keluar dari UMNO rupanya ada kaitan dengan pemilik projek ini dengan Mahathir. Sepatutnya Mahathir harus bersyukur kerana telah banyak mendapat manfaat daripada tugasnya selaku PM Malaysia yang lalu.
Mahathir seorang yang sudah kaya-raya hasil kerja buatnya semasa dalam UMNO, projek-projek mega semuanya ada kaitan dengan anak beranak beliau. Jadi eloklah andai Mahathir tidak perlu lagi kecoh-kecoh isu parti lawan, sebaliknya tinggal saja di rumah main dengan anak cucu yang sudah ramai itu...
Manakala isu terbaru yang melibatkan penyelewengan dana kerajaan yang dikaitkan dengan suami Mak Menteri pula harus dijadikan pengajaran kepada UMNO agar melihat betapa sikap buruk perangai dan tamak para pemimpin mereka sudah menjadi satu trend yang sangat mengerikan.
Sudah banyak kali kekawan pakdoe yang memiliki lesen kontraktor dalam berbagai kelas begitu hampa bila membeli borang tender. Sudahlah borang yang ditawarkan mahal harganya sebaliknya projek pula tak pernah dapat. Lesen pula sudah nak mati. Duit lagi.
Tapi apa yang sangat dikesalkan ialah jika kroni UMNO, meskipun lesen itu masih baru, berbolong-bolong projek datang. Inikah yang dikatakan sebuah kerajaan yang telus dan adil?
0 comments:
Catat Ulasan