Ahad, 15 Januari 2012

HARUSSANI MASIH KEMARUK NAK BERCAKAP

HARUSSANI, siapa tidak kenal dengan watak kambing tua dalam UMNO ini yang kemaruk nak bercakap dalam soal kepartian PAS, soal kebijakan Hasan Ali pejuang Islam?

Apa Harussani sudah buta? Atau sudah pekak?

Harussani tak pernah sedarkah, apa yang Hasan Ali buat hanyalah sekadar lebih merosakkan umat Melayu dan lebih-lebih Islam.

PAS bertungkus lumus untuk menguasai Putrajaya atas dasar Islam dan umat Melayu yang cintakan agama dan benci akan maksiat dan penyelewengan kuasa yang dilakukan UMNO selama ini. Sekiranya PAS masih membela orang yang seperti Hasan Ali sudah tentu matlamat ini tidak tercapai.

Sedangkan selama bertugas di bawah UMNO, Harussani tidak pernah dapat menangani isu-isu agama. Harussani tahu itu. Tapi mengapa pula igin menjaga Hasan Ali? Kalau Harussani suka kerana Hasan adalah orang kuat menegakkan Islam, biarlah dia berhijrah bersama-sama Harussani berjuang bermati-matian Islam itu dari dalam UMNO, jika ini yang Harussani mahukan.

Ini soal dasar dalam parti, bukan soal Harussani. Mengapa Harussani tidak menyuruh Shahrizat berhenti saja kerana sudah jelas dia mendapat kekayaan hasil dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang diberikan? Mengapa Harussani hanya sibuk menjaga tepi kainn PAS saja sedanngkann dalam UMO yang Harussani sayangi masih banyak penyelewengan akidah berlaku?

Harussanni seoranng ulama UMNO yang gagal. Gagal menasihati bini pembesar termasuk juga ketua-ketua agama Islam agar bertudung. Agar mereka dilihat sebagai satu model Islam negara ini. Tapi hal yang sekecil inipun Harussani tidak berani buka mulut. Kacip gusi kemah-keming.

Tapi bila nampak saja ada ruang kerekahan dalam PAS kerana memecat Hasan Ali, cepat pula gusi itu ternganga mahu bercakap. Ulama apa yang sedemikian. Ini ulama Jamil Khir Toyo!!!


Mufti Perak kecewa Pas pecat pejuang Islam


SHAH ALAM – Tan Sri Harussani Zakaria, antara personaliti yang cuba mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno selepas pilihan raya umum 2008, kesal kerana Datuk Dr Hasan Ali yang memperjuangkan Islam dibuang parti.

Menurut Mufti Perak itu, sebagai pejuang Islam yang sejati, Hasan tidak sepatutnya berputus asa, sebaliknya perlu meneruskan perjuangannya.

“Ini adalah risiko yang perlu dihadapi oleh pendakwah Islam dalam menyebarkan Islam.

“Sejarah dunia telah membuktikan bahawa orang kafir memang tidak pernah suka dan setuju dengan Islam, begitu juga dengan orang munafik.

"Jadi mengapa orang Islam sendiri perlu ikut kata mereka,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Ketika diminta mengulas tentang pengguguran Hasan sebagai Exco Selangor dan tindakan Pas memecat Hasan dari parti itu, Harussani bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Selepas pilihan raya umum 2008, Harussani dilaporkan menggerakkan usaha mengadakan perundingan dengan kepimpinan Pas dan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan khususnya di Perak dan Selangor.

Kerjasaman Umno-Pas yang dicadangkan Harussani itu berteraskan Melayu dan Islam.

Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu atas alasan melanggar kepentingan parti.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code