Selasa, 10 Januari 2012

DUNIA GEMBIRA, AKU KETAWA....UMNO SEMAKIN DOKOH DAN KOMOH!!!

HARI ini adalah hari yang paling gembira buat seluruh dunia yang memerhatikan permainan bodoh politik UMNO di Malaysia...

Siapa lagi yang mampu berbuat demikian selain Allah yang maha berkuasa. Amek kauuu...!!!

Sudah terbukti...!!! Itulah unngkapan yanng selayaknya diberikan kepada pemenang. Namun kepada yang kalah mereka tetap masih menuduh Anwar terlibat. Biarlah...

Tanggapan bodoh ini tidak lebih hanyalah sekadar menenangkan hati yang berduka akibat perbuatan sendiri. 'Seperti cina kalah berjudi'.

Najib yang gerun berdepan Karpal Singh bagi membantu pasukan fitnahnya dalam kandang saksi memberi kemenangan mudah kepada pihak lawan. Najib dayus!!!

Akibatnya seluruh pasukan mendapat malu dan hina tak ubah bagai anjing buruk kepala. Perlakuan dan permainan fitnah yang menjadi asam garam politik UMNO sejak dari zaman Tunku lagi telah mengheret UMNO terjunam ke lembah 'no returning'. Lembah yang menjahanamkan segala-galanya.

MIC, MCA, diam tidak berkata apa-apa. Senyap dan sunyi apatah lagi pemimpin MCA sendiri pernah terjebak dengan salah laku demikian tapi diampunkan UMNO. Demi menjaga hubungan baik antara parti komponen. Demi mengekalkan kuasa politik laksana zaman kolonial. Bila Barisan kena, maka seluruhnya akan mendiamkan diri sembunyi kepala tapi bontot terjengkel keluar.

Kaki-kaki kencing dalam BN kini mula mencari langkah dan strategi baru bagi melupakan kekalahannya di mahkamah. Mereka mula memberi alasan dan bantuan pernafasan dengan mencipta berbagai set alasan. Demi meraih dan memujuk penyokong tegarnya yang tak ubah seperti lembu-lembu Shahrizat Jalil.

Mereka kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepadanya. Apalah yang tinggal lagi dalam UMNO...hanyalah wadah perjuangan membela nasib melayu yang kian dikuasai MCA dan MIC.

Taktik pembangunan dan keamanan yang tercipta di Malaysia yang gah dilaungkan UMNO selama ini hanyalah satu khayalan minda saja. Mengaburi rakyat dengan mengatakan segalanya adalah hasil usaha BN. Mengatakan segala-galanya milik UMNO....tapi benarkah dakwaan itu???

Bahkan sepatutnya rakyat setelah hampir merdeka 50 tahun lebih akan mendapat pembangunan dan kesenangan hidup yang jauh lebih baik berbanding sekarang. Contohnya negara yang lebih baru merdeka dari Malaysia seperti blok negara komunis dan sebagainya telah jauh meninggalkan Malaysia dalam berbagai bidang terutamanya dalam bidang sukan dan pembangunan kemanusiaan. Rasanya contoh yang lebih banyak silalah buat kajian sendiri dengan melihat negara orang lain yang baru merdeka tapi lebih maju dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan.

Malaysia tidak lebih hanyalah mengkayakan kroni UMNO saja....lihat sendiri. Koreklah lubang hidung sendiri. Apa yang rakyat dapat berbanding dengan apa yang pemimpin dapat. Jauh bezanya sama sekali.

Kita sudah jemu dengan barisan kepimpinan UMNO yang lebih bertindak menindas rakyat dalam banyak segi. Pembohongan, rasuah yang berterusan, pilih kasih dan kroni serta berbagai kelemahan yang tiada lagi dapat diubati dengan senyuman kosong oleh sesiapapun dalam UMNO. Apa yang tinggal ialah menghabiskan segala harta yang ada demi menjaga kelangsungan pentadbiran politiknya. Pendek kata andai PAKATAN rakyat menang, maka akaun pentadbiran yang ditinggalkan UMNO ialah 'KOSONG'. Tiada apa-apa yang tinggal. Satu sen tarak. Kalau boleh UMNO akan membakar segala sumber ekonomi negara demi kempen pilihan raya yang menentukan nasib jatuh bangunnya sekali ini.

Berjuang dengan bertopengkan kebajikan dan kemaslahatan rakyat dengan boros berbelanja tidaklah mencerminkan kebijakan UMNO. Tapi semua itu hanyalah sandaran untuk UMNO terus berkuasa di tampuk.

UMNO fikir dengan memberi bantuan itu dapat menarik rakyat menyokongnya?

Mungkin ini benar dari satu segi, tapi dari banyak segi rakyat sudah nampak andai BN masih kekal maka segala yang dibelanjakan selama ini akan ditarik balik dalam berbagai bentuk penindasan terhadap rakyat. Misalnya dengan memberi saman lalu lintas yang banyak, mengenakan berbagai fee dan cukai yang tidak patut kepada rakyat, menaikkan harga berbagai jenis barang, membina lebih banyak jalan bertol dan yang paling tidak disukai rakyat ialah dengan menaikkan harga minyak sekali lagi.

Inilah strategi permainan politik UMNO yang dianggap segolongan puak pengampu sebagai senjata sulit yang meruntun setiap jiwa yang mendapat habuan bagi memilih UMNO. Padahal pada masa yang sama ianya tak ubah seperti gula-gula pilihan raya saja. Bila menang kelak, berbagai kesusahan bakal menanti rakyat dengan berbagai pula caranya.

Rakyat yang seperti lembu Mohd Salleh ini tidak nampak akan kesannya selepas ini, walaupun selama ini telah berkali-kali dikenakan UMNO, lembu-lembu ini tetap buta dan pekak, apa yang dia tahu ialah dengan memakan rumput kering padahal matanya telah diberikan 'ray ban' hijau. Walau rumput itu sudah kering dan bertukar warna sekalipun mereka ini sudah kelabu mata kerana pakai cemin mata hijau.

Nasib perjuangan UMNO sudah sampai ke penghujungnya. Sudah cukup dengan membutakan rakyat dan merogol keponakan-keponakan yang masih kecil, hinggakan pelajar juga sudah merasa meluat dengan UMNO sehingga sanggup menurunkan kepala pemimpin no 1 negara. Apakah ini masih tidak menyedarkan lembu-lembu ini?

Parahnya UMNO bukan kerana parti tapi kerana kepimpinan yang ada dalam UMNO sudah merubah segalanya. UMNO secara totalnya sudah tidak lagi demokratik, pemilihan pemimpin berdasarkan keturunan juga menyebabkan UMNO tidak lagi relevan kepada masyarakat hari ini.

Jika dilihat sekarang hanyalah kaum kerabat pemimpin terdahulu saja yang mampu berada kukuh di persada kuasa. Jika keturunan itu bukan dari keturunan pemimpin maka dengan mudah saja ianya bakal disingkirkan. Inilah legasi yang ada dalam UMNO hari ini. Generasi kedua dan ketiga pemimpin terdahulu mempelopori segalanya. Mengumpul harta yang sedia banyak bagi mengankat generasi seterusnya dalam kalangannnya menjadi pemimpin berikutnya.

Masihkah ini menjadi taruhan pengundi sekarang?

Tidak nampakkah lagi kebodohan sang penyokong UMNO yang berpusu-pusu itu sudah berputus asa dengan segala yang ditawarkan UMNO?

UMNO hampir berkubur, tinggal lagi menggali lubang kubur saja untuk dibungkuskan bersama 'harta sepencarian' mereka.

Ayuhlah rakyat semua sedarlah, betapa UMNO tidak menjanjikan apa-apa melainkan pembohongan untuk menjadi raja sekali lagi, walaupun sebenarnya itu bukanlah jalan yang mutlak benar. Apa yang UMNO tahu hanyalah kuasa dan wang itu saja, nasib rakyat.....macam sekarang juga. Takkan berubah. Sekian.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code