Khamis, 29 Disember 2011

MAT SAID LARI LINTANG PUKANG DIKEJAR HANTU KAK LIMAH...

INILAH gejadahnya bila sudah tidak lagi memberi sebarang bantuan kepada orang yang memerlukan, hanya tahu berkempen nak menang pilihan raya saja. Dulu Mat Said guna hantu Ayah Pin untuk usir kejahatan Idris Jusoh yang bina stadium runtuh dengan beri kontrak kepada kroni.

Sehingga akhirnya sumpah seranah penyokong Mat Deris kepada sultan kerana menjatuhkan bosnya dan menaikkan Mat Said kaki berbini. Kini tiada siapa lagi peduli pada rakyat yang susah. Sibuk kumpul duit buat bekal kiranya kalah dalam PRU 13 nanti duit dah banyak. Pasal rakyat yang susah dan tiada rumah, usah dipedulikan.

Biar orang dari Selangor yang menguruskannya. Sebab cerita hantu ini orang Terengganu tak berani berdepan kerana takut disumpah. Lagipun hantu Terengganu ni suka berkawan dengan orang Terengganu yang kedekut tu...Kebanyakannya orang UMNO...buat amal sikit mengungkit...berbangkit habis asal-usul. Inilah kisahnya...Cuma orang PAS saja yang boleh buat baik. Kenang budi!!!

Makan maggie mi pun dalam kain selimut...takut orang lain nampak dan mintak...tapi bukan semua demikian nanti mampus aku...

Gangguan makin teruk
Oleh : ZUBIR SULAIMAN

MARANG – Kerisauan lima sekeluarga dari Kampung Temilang, Pengkalan Berangan dekat sini terhadap gangguan misteri lembaga wanita berambut panjang menyerupai hantu Kak Limah sejak beberapa minggu lalu, bakal berakhir, apabila ada pihak tampil membantu mereka.

Gangguan
Ketua keluarga itu, Mazlan Ali, 55, lega setelah dia menerima panggilan daripada seorang lelaki bergelar ustaz dari Hulu Selangor sejak tiga hari lalu yang sanggup menyelesaikan misteri menghimpit keluarganya itu, secara percuma.

Menurutnya, ustaz itu akan datang ke rumahnya pada Sabtu ini, bersama dua lagi pembantu bagi menangani gangguan yang berlaku sejak dia membawa pulang beberapa keping papan, perabot dan tiang rumah pusaka milik keluarganya di Jerangau, Dungun hujung November lalu.

“Sebaik menerima panggilan daripada ustaz itu, saya rasa sungguh lega, Alhamdulillah ada juga pihak sudi membantu kami.

“Buat masa ini ustaz itu sudah beberapa kali, menghubungi saya dan bertanya perkembangan berhubung gangguan dialami,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam pada itu, bapa kepada lapan anak itu berkata, sejak berita berhubung gangguan misteri dialaminya sekeluarga disiarkan, gangguan itu semakin bertambah terutamanya kepada dirinya.

Katanya, sejak beberapa hari lalu, sebelah kanan badannya menjadi lemah dan tidak mampu membuat sebarang kerja, hanya berkurung di dalam rumah.

“Malah ada kalanya badan saya rasa seram sejuk, rasa nak marah dan tiba-tiba rasa sebak sehingga menyebabkan saya rasa semakin tertekan.

“Saya risau, sejak gangguan ini berlaku saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja-kerja kampung yang saya usahakan sebelum ini dan ini secara tidak langsung menjejaskan pendapatan kami sekeluarga,” katanya.

Dia berkata, dia sudah tinggal di kampung itu sejak 50 tahun lalu dan tidak pernah mengalami sebarang gangguan, malah bahagia bersama keluarga, namun sejak peristiwa misteri itu berlaku dia dan keluarganya semakin tertekan serta dihimpit kegelisahan setiap kali senja.
Bagaimanapun Mazlan ketika ditanya, sama ada dia mahu memulangkan semula barang diambil dari rumah pusaka bapanya, dia berkata, sekiranya dia berbuat demikian bimbang perkara yang sama berlaku pula kepada keluarganya di Jerangau.

“Saya berharap dengan bantuan daripada ustaz itu nanti, ia dapat menyelesaikan segala masalah gangguan itu dan mengembalikan semula kehidupan kami seperti sedia kala.

“Apa dibimbangkan adalah keselamatan anak dan cucu saya, saban malam mereka tidak lena tidur kerana diganggu lembaga itu,” katanya.

Kelmarin, Mazlan nekad mahu memulangkan bara-ngan diambil daripada rumah pusaka bapanya kerana tidak tahan diganggu makhlus halus.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code