Rabu, 16 November 2011

PATUTLAH MUHYIDDIN YASSIN DAN KJ BERIYA-IYA MEMBELA SHAHRIZAT JALIL...!!!


RUPA-rupanya ada udang dan ada rahsia besar dalam hubungan mereka ketika projek ini diserahkan kepada NFC, walaupun NFC tidak berpengalaman dan tak tahu apa-apa dalam hal ehwal penjagaan lembu ini.

Namun kerana sifat suka mengampu Shahrizat dengan menjanjikan habuan tertentu kepada Menteri Pertanian ketika itu iaitu Muhyiddin Yassin, maka projek itu telah masuk ke poket keluarga Shahrizat Jalil atau lebih hebat dikenali oleh para blogger sebagai 'ratu lembu' (jangan marah). Jika Muhyiddin tidak membela Shahrizat, mungkinkah Shahrizat juga akan mengheret Muhyiddin sama ke dalam skandal ini?

Apatah lagi pada waktu itu bila melibatkan amaun kewangan yang besar, sudah pasti akan melibatkan PM iaitu pada ketika itu Abdullah Badawi. Secara logiknya, kelulusan ini diberikan atas tiket Shahrizat yang lebih cenderung menyokong Pak Lah dan berjaya menendang keluar Rafidah Aziz yang lebih menampakkan cenderung kepada mantan PM yang lepas. Pak Lah juga harus terhutang budi kepada Shahrizat demi sokongan yang padunya.

Justru maka sudah pastilah sebagai orang yang masih berada dalam kapal UMNO sekarang ialah Khairy Jamaluddin selaku menantu mantan PM Pak Lah akan cuba sedaya upaya agar isu ini dapat ditutup dengan berjayanya tanpa dihidu salah laku tersebut. Lantas dengan demikian KJ dengan tekad akan cuba menghalang segala tohmahan terhadap terhadap Shahrizat selaku penyokong kuat bapa mertuanya. KJ akan bersedia melawan dan berdebat dengan sesiapapun demi mempertahankan maruah keluarga bininya dari tercalar. Bukan sebab lain. Klik sini

Manakala Noh Omar selaku orang kuat Muhyiddin demi menjaga kementeriannya yang bakal tercalar dengan jelas akan menafikan dan mengatakan segala yang dilakukan oleh Shahrizat adalah betul. Disamping itu dapat juga menjaga air muka Muhyiddin.

Beginilah pula kisahnya yang berlaku dalam skandal NFC ini, soal membeli kondo tidak timbul kerana duit itu dikatakan telah masuk ke akaun syarikat dan syarikat menurut KJ berhak melakukan apa saja dengan duit itu agar ianya mendapat pulangan yang sewajarnya.

Inilah putar belit yang dimainkan UMNO dalam menipu rakyat marhaen. Tapi bagi rakyat yang buta dan pekak apa saja yang dilakukan oleh UMNO semuanya baik dan betul. Tradisi menyokong membuta tuli ini akan berkekalan walaupun UMNO tersungkur sekalipun mereka akan tetap mengatakan UMNO betul....Bodohnya mereka!!!

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code