Khamis, 17 November 2011

JAIS SEPI TANPA BERITA!!!


PELIK sungguh JAIS yang tidak bertindak sampai sekarang bila kesesatan terang-terangan gerombolan Islam, JAIS hanya mahu menangkap jika ada yang beri ceramah tanpa tauliah, tapi bila melibatkan ajaran sesat senyap pula dia. Bob Lokman ditangkap kerana mengadakan ceramah agama, tapi penganrang buku seks bebas...mampuslah Islam kalau macam ni...!!!

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) digesa mengambil tindakan segera terhadap dakwaan berlaku penyelewengan akidah yang dipimpin oleh Hatijah Aam, isteri kedua Asaari Muhammad yang merupakan pengasas pergerakan al-Arqam.

Bekas orang kanan pergerakan itu, Sheikh Hussien Sheikh Omar berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mengelak lebih ramai lagi orang Islam diselewengkan akidahnya oleh kumpulan yang dipimpin oleh Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah.

Beliau mendakwa, JAIS mengambil masa terlalu lama untuk menyiasat aduan yang dibuat dan perkara itu dibimbangi akan menyebabkan kumpulan terbabit berjaya menambah lagi ahlinya hingga boleh mewujudkan semula ajaran yang pernah diharamkan sebelum ini.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code