Rabu, 16 November 2011

KOAM SUDAH TIDAK RASIONAL DAN GILA BABI

DARI dulu lagi KOAM dinilai dan diperhatikan oleh segenap lapisan peminat sukan yang memang sudah menjangkakan keadaan seperti ini akan berlaku.

KOAM sering memilih bulu akibat perbezaan idealogi, akibatnya ramai atlet yang sepatutnya mampu membawa pingat pulang tidak dibawa oleh KOAM tapi sebaliknya membawa atlet yang 'serba salah' dan berada atas par saja. Sikap persatuan ini jelas menggambarkan betapa tidak profesionalnya.

Persatuan olahraga ini langsung tidak peka dengan kebolehan atlet negara, tapi sebaliknya hanya membawa gerombolan atlet yang tidak mampu menuai emas di temasya sukan antarabangsa seperti Sukan SEA yang sedang dilangsungkan di Indonesia kini. Sedangkan sebenarnya masih ramai atlet negara yang berpotensi besar meraih pingat di Indonesia.

KOAM sewajarnya dirombak dan diganti dengan persatuan lain yang tidak dipengaruhi politik dan bebas memilih atlet yang berkualiti.

Kuartet 4x400 meter dilayan macam pelarian

KECERIAAN kuartet 4x400m negara (dari kiri) Mohd. Yunus, Kannathasan, Schezuan dan Yuvaraaj yang memenangi pingat emas kelmarin direntap selepas dihantar pulang sebelum dapat mencium pingat emas yang mereka menangi.

PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pela- rian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.

Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.

Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.

Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.

Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.

"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?

"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.

"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.

Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code