Rabu, 16 November 2011

KELANTAN DIRAMAL BANJIR BESAR PADA TAHUN INI-2011

PENDUDUK di Kelantan diminta agar bersedia menghadapi fenomena banjir besar pada tahun ini. Kawasan rendah yang sering menjadi kelaziman dilanda banjir dijangkakan akan lebih berbahaya, oleh itu penduduk di kawasan rendah harus sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan amaran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

FENOMENA air pasang besar di pantai timur Semenanjung Malaysia diramal berlaku pada 25 Disember ini dan 23 Januari tahun depan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Beberapa negeri di pantai timur Semenanjung dijangka mengalami banjir besar ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 25 Disember dan 23 Januari tahun depan.

Pakar Oseanografi, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus berkata, kawasan pantai timur dan Sarawak lebih terdedah kepada fenomena tersebut selain didorong oleh faktor tiupan angin Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim tengkujuh.

"Fenomena air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan bumi.

"Jika sesebuah kawasan atau negeri menerima hujan yang luar biasa dan pada masa yang sama fenomena air pasang berlaku, banjir besar akan melanda," katanya ketika dihubungi semalam.

Kamaruzaman yang juga Dekan Fakulti Sains Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan memberitahu, banjir tersebut dijangka lambat surut ekoran paras air laut yang tinggi.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code