Selasa, 18 Oktober 2011

ZULKIFLI NOORDIN SENGGOL-SENGGOLAN


SYABAS! Zulkulum kerana anda merupakan seorang pemberani untuk berdebat dengan raja perlembagaan sedangkan diri anda hanyalah sebagai 'inang' raja Awang Selamat saja. Taraf inang hanyalah tukang sapu najis kepada raja Awang Selamat yang tak selamat.

Apa yang sangat dikesalkan ialah anda menetapkan syarat, iaitu permohonan maaf kepada sultan Selangor, usah berlakonlah Zulkulum, kalau anda seorang yang benar-benar anak jantan, tak payah syarat-syarat. Debat saja!

Maaf satu perbuatan yang tidak bermoral oleh UMNO, jika minta maaf UMNO kata Aziz sudah salah, sebab maaf itu menunjukkan ada kesalahan. Sedangkan takrifan maaf yang sebenar bukanlah bermaksud 'ada salah' tapi sekadar adat bagi meredakan sesuatu ketegangan. Ada kalanya maaf tidak perlu andai kemaafan itu hanya sekadar mengundang herdikan dan sindiran dari pihak lain yang tiada kaitan. Justru dalam konteks ini Aziz Bari tidak perlu memohon maaf apatah lagi keampunan dari sultan Selangor kerana beliau tidak bersalah.

Kalau takut kata takut, semua orang sudah kenal siapa Zulkulum kebanggaan blogger UMNO ini, ianya tak lebih seperti anjing buruk kepala yang disepak terajang kemana saja dia pergi. Orang berpolitik kita berpolitik, orang menulis blog kita menulis blog, orang cabar kita, kita monyok...kita terima tapi bersyarat...krahh krahhh krahhhh apple lerrr weihh!!!

Zulkulum bermain dengan minyak atar untuk selindung tubuh yang hapak-ketiak hangit. Usah bersandiwara dalam banyak versi, Ayuh, silakan kalau anda seorang pejuang UMNO. Usah main syarat-syarat.

Inang nak lawan raja, mana boleh...! Bukankah ini juga satu petanda penderhakaan?

Bangkitlah Zulkulum, rakyat ingin dengar apa hujah anda untuk berdebat dengan Raja Perlembagaan. Anda mungkin boleh menang, sebab anda seorang peguam. Anda ada teknik buta-tuli dan pekak badak, anda ada gaya putar belit. Jadi, jangan berbelit lagi. Ayuh, berdebat.

Jika tidak diuji di medan pertempuran ini, isu ini akan jadi kabur dan tenggelam. Tunjukkan sikap kejantanan anda yang sebenar. Raja Perlembagaan sedia menanti dengan penuh kesabaran dan semangat waja.

Jika Raja Perlembagaan kalah pasti beliau akan menyembah keampunan dan kerabat (peluk) kemah kemin ke betis Zulkulum, suruh buat apa nescaya beliau akan turuti. Tapi ini tidak, belum berdebat lagi Zulkulum dah minta macam-macam. Sungguh senggol-senggolan wahai Zulkulum. Pertandingan belum mula Zulkulum dah minta hadiah. Macam mana. Ini salah.

Zulkulum selaku orang politik harus berani, bukan menyalak jauh-jauh melalui akhbar milik UMNO saja.[klik sini].Takkan belum mula lagi Zulkulum dah gulung kot, kentut erek dan ecer najis rata-riti. Benarlah dakwaan sesetengah rakyat bahawa Zulkulum ini umpama tikus makan tahi, tahi berbau tapi badan sembunyi.

Jika berani, muncullah tapi jika tak berani jangan beralasan pula....!!!



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code