BAK kata pepatah jangan cuba melanggar bukit kelak diri yang rosak binasa. Akibat cuba bermain api, maka Aziz Bari bakal berdepan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kerana pernah memperlecehkan institusi raja-raja di negara ini menurut pandangan UMNO.
Sama ada salah atau tidak itu belum termasuk lagi syaratnya yang sah, cuma apa yang berlaku telah jelas menunjukkan Aziz Bari bersalah pada kaca mata UMNO. UMNO cuba mengapi-apikan watak yang baru muncul di pentas umum bahkan lebih cenderung kepada pembangkang. Situasi begini tidak baik untuk UMNO. Benih baru ini dapat memberi impak yang besar jika sering melatah dan menimbulkan kekecohan kepada UMNO.
Oleh itu gerombolan UMNO akan cuba mencuit, mengugut dengan undang-undang agar ada unsur kegelabahan dan pengajaran kepada Aziz Bari semoga dengan demikian Aziz Bari akan berhenti dari mengeluarkan kenyataan=kenyataan yang tidak berpihak kepada UMNO. Dalam zaman peralihan akta ISA yang bakal dimansuhkan ini, maka akta hasutan pula akan dikenakan kepada Aziz Bari.
Pihak UMNO merasakan Aziz Bari merupakan 'ancaman' akademik kepada mereka. Sebelum merebak jauh lebih baik langkah pencegahan awal diambil. Pemikiran UMNO ini agak kuno dan tidak demokratik langsung. Banyak kes yang telah dibuat oleh UMNO terhadap orang-orang seperti Aziz Bari. Bermula dari zaman Dr Burhanuddin Helmy lagi.
Mana-mana individu yang tidak sebulu dengan UMNO walau sedikit saja, maka akan mampuslah individu itu dikerjakan, tak dapat bapa anak pun jadilah. Setelah menggunakan berbagai cara untuk menjatuhkan Lim Guan Eng gagal dan buntu demi mengambil alih Pulau Pinang dari DAP. Sehingga pada akhirnya UMNO terpaksa sanggup diperkudakan Gerakan demi meraih undi. Manakala pemimpin Gerakan yang berpuluh tahun membela UMNO selama ini Koh Tsu Koon terpaksa diturunkan. Semakin dikorek semakin jelas kelemahana Barisan Nasional. Maka akhirnya dtuduh pula anak Guan Eng 'meramas buah dada' gadis. Budak yang tidak tahu-menahu pasal politik akan turut diajar oleh UMNO bagaimana nak berpolitik dan bagaimana nak menentang UMNO.
Sikap kelucahan melampau UMNO ini hanya kepada parti lawan sahaja tapi, bila Pengerusi MCA mengaku mengentot, senyap sunyilah dalam UMNO sehingga seolah tiada apa yang berlaku.
Sepatutnya kenyataan Aziz Bari itu harus dilihat dari sudut yang membina bukan main taram saja. Wajarkah bekas seorang PM menyatakan 'kurang ajar' kepada rakyatnya. Padahal umum mengetahui setara mana Mahathir terhadap institusi raja-raja. Apakah Mahathir pula terlebih ajar terhadap pencabulan institusi raja-raja?
Aziz Bari dipangil polis untuk disiasat di bawah akta hasutan [klik sini]. Keadaan ini melemparkan Aziz Bari ke satu sudut negatif setelah lama berkhidmat dengan kerajaan. Jasanya bakal dikuburkan UMNO.
0 comments:
Catat Ulasan