POCONG...imej makhluk didakwa pocong oleh penduduk dirakam di sebuah rumah yang terbiar.
INILAH pocong liar yang bakal menganggu penduduk Johor yang sokong UMNO untuk menolak hudud. Selain itu UMNO melalui Timbalan Presidennya Muhyiddin Yassin menyalahkan PAS dan menuduh PAS gagal dalam agendanya, padahal UMNO yang sudah lebih 50 tahun memerintah Malaysia tidak pernah berjuang untuk menegakkan hudud sebagai undang-undang yang termaktub dalam syariah Islam.
Muhyiddin Yassin mendesak agar PKR dan DAP buat pendirian dalam soal hudud, tapi bagi UMNO mana? Najib kata Malaysia dan UMNO tak mahu hudud kerana tak boleh buat, bagaimana pendirian MIC dan MCA yang bertegas menolak hudud. Tapi UMNO masih berteka-teki saja, sama ada mengakui hudud atau menentangnya. Berilah satu penjelasan yang konkrit. Jangan hanya tahu suruh orang lain tapi diri sendiri masih tercungap-cungap menggantung kenyataan.
Jika DAP tak mahu buat memang benar sebab dia bukan Islam-kafir, tapi UMNO, adakah UMNO juga sama dengan DAP iaitu bukan Islam?
Jika bab Guan Eng menghina Johor yang banyak jenayah UMNO kata sultan tersinggung dengan kenyataan tersebut sehingga Guan Eng buat kenyataan bermohon maaf untuk meredakan keadaan, menyejukkan sultan tapi sebaliknya UMNO kata keadaan itu masih tidak cukup.
Padahal UMNO tidak sedar bahawa menolak hudud ini juga menyebabkan para sultan selaku ketua agama Islam setiap negeri juga boleh tersinggung, tapi tidak pula UMNO memohon maaf secara terbuka. Sepatutnya UMNO kena minta maaf kepada seluruh kepala agama di Malaysia kerana sudah menolak hukum Allah yang satu ini, apatah lagi menghina hudud sebagai undang-undang yang tidak adil dan berat kepada umat Islam. Sebaliknya tidak bagi bukan Islam.
Tapi bila ada pemimpin PAS mengatakan UMNO kafir maka mulalah melenting dan panas bontot. Walhal tingkah laku dan sikap UMNO yang memperkecilkan hudud sama dengan Karpal Singh dan Soi Lek malah rasanya lebih dari mereka kerana mencari dan menggali set-set alasan melalui para ilmuan agama dan ustazah seperti Noh Gadut dan Mashitah Mismah.
Mashitah kata, Anwar bukan calon sesuai kerana perilakunya dan Mashitah menghina Anwar dengan sebab kes liwat. Tapi Mashitah tidak pernah memberi nasihat dan mengajar isteri dan pemimpin UMNO seperti Rosmah Mansur dan Shahrizat Jalil supaya pakai tudung dengan betul, selaku menteri yang lebih arif dalam situasi agama Islam. Berilah nasihat kepada pemimpin yang tidak mencerminkan keislaman dalam UMNO dulu baru boleh menegur orang lain.
Adakah patut Mahathir kata Cina dan India tak kena hudud tapi hanya dijel saja jika mencuri, sebaliknya orang Melayu dan Islam yang mencuri kena potong tangan, ini tidak adil? Lama-lama orang Islam semua tak ada tangan, bagaimana nak buat kerja. Masyaallah.....!!! Ini pendapat seorang tua yang berpengalaman.....!!! klik sini
Jadi, jika begini pendapat Mahathir seorang pemimpin UMNO yang mendakwa dirinya muslim sejati, tapi berpendapat hudud dengan kata lain tidak adil kepada orang Islam, sedarkah Mahathir yang dia telah mentakwilkan hukum Allah. Jika begini maka adalah lebih baik jika Mahathir masuk agama Cina atau agama India saja untuk mengelakkan hudud. Atau alangkah hebatnya jika semua ahli UMNO masuk agama selain Islam saja sebab baru bebas dari hudud. Tak perlu takut hilang tangan kerana meragut. PAS tak akan ganggu dan ugut orang yang bukan Islam dengan hudud, maka jika UMNO takut dan gerun eloklah jika masuk kafir saja!!!
Krahh krahhh krahhh Apple lerrr!!!!
SENAWANG: Beberapa penduduk di Taman Jasmin Indah, di sini, dikejutkan dengan kemunculan kelibat makhluk berbalut kain kapan dipercayai pocong di atas sebuah bukit di kawasan perumahan berkenaan, di sini, baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, kemunculan lembaga itu disedari seorang penduduk, Ahmad Surathi, 41, yang mendakwa melihat kelibat makhluk itu sekitar jam 12 tengah hari.
Menceritakan detik menakutkan itu, Ahmad berkata, kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak di kawasan atas bukit berhampiran rumahnya sering dilihat sedang ‘bermain’ dan merenung tajam ke arahnya.
Menurutnya, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah pocong itu yang gelap selain ia didakwa hanya merenungnya saja.
“Sejak saya pindah di kawasan perumahan itu sejak enam tahun lalu, ini bukan kali pertama saya melihatnya, malah sudah lali hingga menganggapnya seolah-olah ‘penduduk’ kawasan perumahan ini juga,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Katanya, pernah dia membawa rakannya pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam semata-mata untuk melihat pocong itu.
“Pocong itu menunjukkan diri hingga menyebabkan rakan saya itu serik untuk datang ke rumah saya lagi dan demam selepas melihat makhluk itu,” katanya.
Ahmad berkata, dia sebenarnya seorang yang sukar mempercayai benda pelik sebegitu tetapi selepas melihat dengan mata sendiri berasa ada kebenarannya.
“Malah, beberapa penduduk di sini, selalu melihat kelibat berkenaan sedang meloncat di kawasan bukit itu dan tangki air,” katanya.
Katanya, sebelum ini, rakan sering mengusik dan bercerita mengenai pocong biarpun mereka sendiri tidak pernah melihat sebelum dia menyaksikan secara terbuka.
Malah dakwanya, anak saudaranya berusia tujuh tahun pernah merakamkan gambar pocong sedang berdiri di pekarangan rumah tinggal yang terbiar di kampungnya di Tampoi, Johor, baru-baru ini.
“Ketika itu, anak saudara saya bermain menangkap gambar menggunakan kamera telefon bimbit ibunya, dan secara kebetulan menangkap gambar makhluk itu sedang berdiri merenung rumah tinggal itu,” katanya.
“Kebetulan, rumah itu sudah lama ditinggalkan dan berdekatan dengan kawasan perkuburan, terkejut anak saudara saya dan terus demam apabila melihat makhluk itu,” katanya.
Ahmad berkata, dia melihat semula rakaman gambar itu dengan jelas sebelum terlihat tubuh putih memandang ke arah rumah lalu menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.
“Namun, tidak dapat dipastikan sama ada makhluk berkenaan adalah betul atau ia perbuatan segelintir remaja nakal,” katanya.
Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Datuk Mohd Yusof Ahmad menyifatkan penemuan pocong didakwa muncul di Taman Jasmin Indah, di sini, sebagai makhluk Allah Taala.
“Makhluk ditemui lelaki itu mungkin golongan jin yang boleh ghaib serta bertukar rupa bentuk. Bagaimanapun, saya menasihatkan umat Islam tidak mudah tergoda makhluk sedemikian mungkin boleh menyesatkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
0 comments:
Catat Ulasan