Isnin, 3 Oktober 2011

LIM KAU BUAT APAPUN, UMNO SELAMANYA TAKKAN BERPUAS HATI SAMPAI KIAMAT!!!

SUDAH jatuh ditimpa tangga, itulah ungkapan yang wajar dinyatakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, namun syabas di atas kesanggupan YB untuk menelan segala desakan demi menjaga istana dari terus termakan hasutan UMNO. [klik sini]

Sikap bermuka-muka UMNO mengheret istana dalam kancah permusuhan politik dengan DAP yang nampak jelas UMNO begitu terdesak untuk merampas kembali Pulau Pinang dari PAKATAN, dengan menuduh dan mengutuk Lim Guan Eng sebagai seorang yang menghina negeri Johor, padahal hakikatnya hanyalah sebagai satu isu yang remeh-temeh dan bersifat 'hujung kuku' saja. Tapi isu ini telah disebarluaskan oleh media UMNO hingga menjadi sebesar Bukit Larut.

Peliknya kesalahan yang lebih besar UMNO terhadap Johor tidak pula pembangkang mengheret istana dalam pergolakan ini. UMNO yang terdesak cuba melaporkan perkara yang agak kontroversi dan berbentuk provokasi demi meraih simpati pengundi di kubu kuatnya saja.

Jika tergadainya Tanjung Pagar dan Pulau Batu Putih (Putih Mata) kepada Singapura sehingga negara Singa itu menyambut ulang tahun kemerdekaannya baru-baru ini di Tanjung Pagar sebagai perlambangan kemenangan mereka merampas kembali jajahan takluk Tanah Melayu yang satu-satunya milik tunggal Malaysia. Sindiran Singapura terhadap Johor itu sebenarnya lebih memalukan Johor lagi akibat perbuatan UMNO. Tapi tidak pula terasa oleh istana? Mungkinkah kerana UMNO berjaya memujuk istana dengan pembangunan Wilayah Iskandar, sekurang-kurangnya dapatlah mereda sedikit ketenangan istana berhubung soal ini. Namun apapun UMNO tetap bermain wayang dengan mengatakan Lim Guan Eng masih tidak ikhlas biarpun telah memohon maaf dalam berbagai versi media arus perdana, isu ini tetap diputar ligat oleh UMNO untuk mencari sedikit modal berucap di majlis ceramah-ceramah kepartiannya.

Sebelum ini Lim Guan Eng telah dikaitkan dengan berbagai isu antaranya ialah isu pemberian wang bantuan kepada rakyat miskin dengan hasil judi. Maka hebatlah Rizal Merican mencanang dan memalu gong mengutip kembali wang daripada rakyat yang menerima bantuan tersebut. Peliknya setelah ianya dikutip, tidak pula wang itu dikembalikan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang. Mana hilangnya wang itu. Takkan buat makan laksa penang kut. Hari-hari makan laksa penang....monyoklah burung...

Lepas itu isu penjualan tanah kepada Vincent Tan juga menjadi tajuk utama momokan UMNO, lepas itu Lim telah dikaitkan dengan isu peniaga di komtar, akhirnya kepala babi dan makanan eksotik lain telah diletakkan di depan pejabat Lim. Tidak cukup dengan itu MCA pula memberontak dengan mengatakan Lim mengagihkan kontrak kepada bumiputera dan menafikan hak Cina, sekali lagi Lim ditempelak dengan hebat oleh MCA dan Gerakan. Sehingga akhirnya Lim telah dikaitkan dengan isu terbaru iaitu penghinaan terhadap negeri Johor mengikut tafsiran kitab UMNO. Isu ini telah dicipta dengan begitu sensasi oleh UMNO. Sehingga akhirnya Lim tersandar memohon maaf secara terbuka. Setelah itu Lim harus bertanggungjawab dengan keterlanjurannya dan sekali lagi didesak oleh PCM untuk dihadapkan ke badan disiplin parti. Inilah sketsa politik UMNO terhadap DAP.

Jika kata-kata Lim Guan Eng boleh mempengaruhi pelabur untuk ke Johor benar-benar dapat dilakukan, barulah itu menunjukkan betapa masin dan hebatnya kata-kata Guan Eng laksana seorang 'wali'. Sebelum ini Shahrizat Jalil dan Mashitah Ibrahim sering memperlekehkan Kelantan dan mendakwa bahawa Kelantan adalah sebuah negeri yang 'mundur' lagi ketinggalan zaman berbanding negeri-negeri lain lantaran diperintah pembangkang. Tidak pernah pula sultan Kelantan mengambil serius dalam soal ini dan menuntut permohonan maaf dari kedua wanita UMNO yang tamak ini.

Sepatutnya hal ini juga sangat serius dan memberi kesan yang mendalam kepada imej negeri Kelantan, para pelancong dan rakyat negeri lain seolah memandang rendah kepada negeri Kelantan, tapi pernahkah sultan Kelantan meminta permohonan maaf dari mereka setelah teruk membelasah imej negeri Kelantan? Sama sekali tidak! Malah istana Kelantan juga hanya memandang perkara ini sangat tipikal dan berbentuk politik semata-mata. Apatah lagi pandangan kerajaan negeri Kelantan terhadap isu ini. Kerajaan negeri Kelantan hanya menganggap perbuatan dan ucapan kedua tokoh UMNO itu sebagai provokasi dan sentimen politik semata-mata dan bersikap terbuka tanpa mengheret istana dalam mencampuri urusan sebegini.

Tapi sebaliknya bagi UMNO mereka seboleh-bolehnya ingin mengheret istana bagi menangani masalah ini walaupun sebenarnya perkara ini adalah 'politikal simetri' saja.

Begitu juga dengan isu saman kerajaan negeri dalam isu judi yang diharamkan di Kelantan oleh 2 orang Cina yang bertopengkan MCA dan disokong UMNO Kelantan baru-baru ini. Bukankah ini juga telah mencalarkan istana Kelantan kerana sebelum ini istana Kelantan memperakui pengharaman judi ini, selaku kepala dalam hal-ehwal agama negeri Kelantan, tapi apa yang sultan Kelantan buat. Sultan Kelantan tidak mencampuri urusan yang melibatkan kerajaan negeri kerana ini soal politik semata-mata.

Begitu juga dengan isu royalti yang melibatkan hak kerajaan negeri kerana berada di perairan Kelantan yang telah dinafikan haknya oleh pusat. Bukankah ini juga sepetutnya dicampuri oleh istana? Perlukah istana berbuat demikian? Tidak perlu. Sebab ia juga adalah masalah politik.

Sebenarnya apa yang menjadi persoalan dan campur tangan istana dalam sesuatu isu itu adalah setelah diseret songsang oleh UMNO agar pertikaian politik itu menjadi seolah terlalu besar dan rumit sehingga terpaksa melibatkan istana dalam sesuatu isu itu. Meskipun sebenarnya isu sedemikian hanya dapat diselesaikan sesama parti politik sahaja. Tetapi ini adalah perangai semula jadi UMNO. Apa boleh buat! Sikit-sikit mengadu pada istana, sikit-sikit buat laporan polis dan sikit-sikit saman. Tapi apa yang paling menyedihkan ialah kena sekeh sikit saja gerombolan UMNO meraung terjerit-jerit macam budak kecil lapar nak gentel tetek maknya....inilah sikap kebudak-budakan UMNO, sudah tidak relevan lagi dengan dunia hari ini....!!!Nyahkan saja UMNO dari lubuk sanubari, cubalah yang baru....pasti berbaloi...!!!

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code