PEMUDA PAS seharusnya usah memikirkan sangat tentang soal hiburan dan bantahan terhadap sesuatu bentuk hiburan. PAS harus sedar bahawa bukan semua umat Islam di Malaysia yang lahir berugama Islam sejati, sistem pendidikan yang sekular dan sekunder serta masyarakat yang berbilang bangsa harus difikirkan oleh PAS sebelum membuat sebarang bantahan berkaitan sesuatu bentuk hiburan, dengan mengambil kira tempat dan sasaran penonton. Jangan hanya tahu hentam kromo sahaja.
Senario geografi manusia dan fizikal di Malaysia harus diselidiki oleh Pemuda PAS malah jangan sesekali menganggap semua orang Islam di Malaysia 'alim' macam mereka. Tanggapan sedemikian akan membenarkan kata-kata Soi Lek bahawa Islam dan hudud bakal membawa rakyat Malaysia undur ke belakang. Kehidupan yang jumud dan zuhud sebagaimana dikehendaki oleh PAS terlalu kelihatan meminta-minta dan satu paksaan. Apatah lagi jika ditimbang untuk memerintah sebuah negara.
Bukan semua orang lahir dan belajar tasauf meskipun Islam menghendaki sedemikian. Bantahan dan pemulauan terhadap sesuatu konsert berbentuk hiburan harus dilihat dalam pelbagai dimensi. Jika sesuatu yang agak sederhana dalam hiburan mentah-mentah ditolak PAS atas dasar PAS perjuangkan Islam, dan Islam sama sekali melarang perbuatan tersebut. Rasanya bukanlah sesuatu yang ideal untuk dibantah.
Apa yang Dr Asri kata itu ada benarnya. Mentang-mentang anda (pemuda PAS) seorang yang dikatakan alim, maka semua orang Melayu yang ditakrifkan sebagai Islam akan menentang sebarang bentuk hiburan? Rasanya perbuatan ini adalah tidak matang dan tidak relevan sama sekali. Islam yang ortodok sama maknanya dengan Taliban. Jadi benarlah apa yang Dr. Asri katakan.
Jangan pula kita membawa sesuatu idealogi semata-mata kerana kita tidak berminat dengan bentuk hiburan sedemikian. Ini kerana penganjuran tersebut juga telah ditetapkan ditempat dan suasana yang hanya orang jahil saja mengikutinya. Jika PAS memulaukan secara terbuka dan mengadakan demonstrasi kerana konsert ini. Memang ini agak terlampau dan kebanyakan orang Islam sendiri juga tidak berminat dengan keadaan paksaan ini. Pemuda PAS hanya bersuara berkaitan dengan pendirian saja cukuplah. Tak perlu dihebahkan sedemikian rupa. Konsep terlalu taksub dalam beragama juga bukanlah satu yang disarankan, sebaliknya bertoleransi adalah satu jalan yang baik. Penulis dalam hal ini lebih berminat untuk berdiri di sebelah Dr Asri. Jelas dan titik.
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.
Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.
"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.
Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.
Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.
Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.
"Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu," katanya.
Dalam masa yang sama, katanya, masih banyak seminar dan diskusi tentang pemikiran kerajaan Islam modern yang perlu diadakan PAS.
Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui gay dan berkahwin sesama jantina pada 2005 selepas undang-undang Britain membenarkan perkara itu.
Penganjur konsert Tune Live ketika dihubungi AFP enggan mengulasnya.
Krisis kecelaruan
Sementara itu, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pahang menuntut kerajaan negeri memberikan perhatian yang serius terhadap bantahan orang ramai tanpa mengira parti atau pertubuhan terhadap konsert Elton John yang dijadualkan pada 22 November ini di Genting Highlands.
Yang Dipertuanya, Rushdan Abdul Halim berkata, ini kerana ia akan memberi kesan kepada sosio budaya masyarakat setempat terutama remaja Melayu Muslim.
“Seseorang yang telah menjadi ikon kepada golongan gay atau homoseksual yang sememangnya bertentangan dengan Islam dan nilai murni masyarakat bertamadun tidak harus dibenarkan untuk membuat pertunjukan konsert di negara ini kerana ia akan menjadi ikutan atau idola kepada remaja yang kini dilaporkan menghadapi krisis kecelaruan identiti yang membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Rushdan, gesaan itu dibuat kepada kerajaan negeri kerana konsert tersebut akan diadakan di Genting Highlands yang berada dalam negeri Pahang yang sudah pasti pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa wewenang untuk menghalanginya daripada berlaku.
Cara hidup songsang
“Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya bimbang kepada kebebasan bukan Muslim kerana majoriti bukan Muslim yang berpegang kepada agama dan nilai murni manusia bertamadun juga tidak akan suka muda mudi mereka terpengaruh dengan cara hidup gay dan mereka hidup dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Menurut beliau, kebebasan beragama kepada yang bukan Islam dalam perlembagaan adalah berkaitan dengan upacara atau amalan agama bukan Islam tetapi bukan cara hidup songsang yang mengenepikan semua nilai agama.
Beliau berkata, Isma menuntut supaya konsert tersebut dinilai semula dan diambil tindakan sewajarnya kerana ia telah berulang sebanyak dua kali yang mana kali pertama diadakan oleh artis antarabangsa Adam Lambert pada tahun lalu.
“Konsert yang dirancang daripada kumpulan artis gay ini menunjukkan seolah-olah ada pihak tertentu ingin membuat promosi gaya hidup songsang (gay) mereka ke negara Malaysia,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan