Khamis, 13 Oktober 2011

JIKA .....DI TEMPAT NAJIB?

NAJIB kata "kau orang ni nak sibuk buat apa? ini harta bapa aku yang punya. Kau apa ada, harapkan 'anu' je besar...duit tarak...poorahhh citt".

Kata-kata sebegini wajar diucapkan Najib memandangkan terlalu ramai manusia yang 'berdengki' dengan kemewahan yang dimiliki Najib. Terutama pembangkang yang kerjanya membangkang saja sampai mati.

Apa yang Najib buat, apa yang Najib makan semuanya akan diselidiki oleh pembangkang agar Najib ditelanjangkan, agar Najib dimalukan demi sebuah tampuk kekuasaan yang sudah lama Najib miliki sejak diperturunkan dari bapanya. Najib sudah tahu, dalam politik ada pahit yang harus ditelan, ada manis yang harus disembunyikan. Ini lumrah dalam berpolitik.

Kini Najib orang nombor satu dalam negara, secocok 1 Malaysia yang dilancarkan Najib. Najib pelopor no 1 di Malaysia, Najib ada kuasa. Najib boleh merasai kekuasaannya. Orang lain sepatutnya kena akur dengan kuasa Najib. Mereka kena respek dengan Najib bukan sebab Najib hensem, tapi sebab Najib ada kuasa yang tiada pada orang lain.

Kisah pertapaan Najib, perjuangan Najib, rebah berguling-bating Najib, jatuh bangun, menungge nyior Najib dalam politik sebelum mengecapi kekuasaan yang ada di tangan sekarang. Rakyat umumnya kena tahu cerita kepahlawanan Najib ini. Sejarahnya terlalu panjang buat Najib. Sepanjang rambut didahinya.

Hikayat yang meriwayatkan who are Najib body and mind sangat hebat, sehebat kuasanya sekarang. Orang lain hanya melihat dari luar sahaja, sama sekali belum pernah merasainya. Orang lain sanggup mengutuk Najib dengan berbagai cacian dan tohmahan yang bukan-bukan. Tapi Najib biarkan saja. Najib tahu siapapun yang ada di kerusinya pasti panas seperti dia juga. Najib akur, sekalipun pembangkang yang bertakhta di singgahsananya perkara serupa pasti berlaku. Pasti. Sebab itu Najib tak kisah.

Najib sedar segalanya akan jadi baik nanti- its going to be alright.

Selagi tampuk kuasa dan cekandi kewangan berada di tangan, apa lagi yang kamu semua mahu bilang? Aku tidak kisah. Ini soal hidupku, kuburku. Lipatan sejarah kekuasaanku. Apa anda semua akan buat sebaik ini bila berada ditempatku? Mungkin anda lebih teruk lagi...

Segala yang aku buat hanya untuk negara, untuk rakyat. Mungkin dalam kebanyakan aku terlupa kepada mereka, ah itu biasa saja selagi bergelar manusia pasti ada yang tersilap takkan semuanya betul. Apa kamu ingat apa yang kamu buat selama ini semuanya betul? Belum tentu lagi.

Tuhan Maha Adil, Maha Kaya dan Maha Segalanya. Tapi kamu? Kamu juga manusia lemah seperti aku, dalam banyak membuat tuduhan dan kritikan takkan sedikitpun kamu juga mampu melakukan sehingga tiada orang yang mampu mengherdiknya, mengkritiknya. Bahkan mungkin lebih banyak lompang untuk dikritik.

Ini semua sandiwara dalam politik sahaja. Semua kisah, ceritera dan riwayat sama saja berputar. Bak roda, sekali di bawah dan sekali di atas. Semasa di atas biarlah dilenyek dahulu yang di bawah.

Usah dicabar orang yang di atas, usah dikata sesuatu yang membingitkan, ini kerja bodoh. Pokoknya aku ada kuasa dan aku...Aku berada di atas sekarang manakala kau...Kau di bawah....sedarlah sikit! [klik sini]


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code