PERJUANGAN BN jelas menunjukkan kepada rakyat umumnya, bahawa rakyat tidak penting tetapi parti lebih penting, sebab itu mana-mana rakyat yang tidak sebulu dengan BN maka mereka seolah bukan rakyat di negara ini tapi dianggap seperti warga asing. Sebaliknya warga asing yang menyokong UMNO akan diberikan keistimewaan yang melebihi rakyat sejati negara ini. Inilah BN sebuah parti yang tidak adil dan berat sebelah.
Perjuangan UMNO-BN yang tidak ikhlas ini hanya menyebabkan wujudnya jurang ideologi yang besar. Sementelah jika Kelantan telah dinafikan haknya ke atas royalti minyak yang terdapat diperairan negeri itu semata-mata kerana Kelantan milik PAS.
Konteks keadilan sosial dalam pentadbiran BN amat jelas, UMNO terutamanya hanya lebih mementingkan parti sahaja dari kepentingan rakyat. Ini membawa maksud, sesiapa yang menjadi ahli dan orang yang berpangkat dalam UMNO akan menerima habuan yang sesuai dengan pangkatnya.
BN mementingkan pertubuhannya saja dan menafikan hak rakyat yang tidak berpihak kepadanya jelas menggambarkan sikap penting diri parti tersebut serta membeza-bezakan agihan kepada rakyat. Dalam agihan kontrak kerajaan pusat misalnya, hanya ahli yang berdaftar dengan UMNO dan surat sokongan dari pembesar UMNO sahaja yang masuk ke bakul pemilihan serta akhirnya dapat kontrak tersebut manakala bukan ahli hanya habis duit beli borang tender sahaja.
Sikap pilih kasih dan membeza-bezakan rakyat semata-mata kerana perbezaan ideologi ini menyatakan kepada rakyat bahawa BN hanyalah sebuah parti yang berjuang untuk partinya saja, bukan untuk rakyat keseluruhannya.
Buktinya: Utusan 17 Oktober 2011
BN perlu letak kepentingan parti lebih tinggi
SEREMBAN 16 Okt. - Semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan kepentingan gabungan itu melebihi parti masing-masing dalam usaha membentuk barisan mantap yang disokong oleh rakyat.
Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, perbuatan parti komponen yang tidak membantu sesama sendiri masih berlaku disebabkan masing-masing mahu menolong ahli parti mereka sahaja.
Katanya, perbuatan itu sebenarnya tidak akan membantu BN menarik kembali sokongan kepadanya malah, boleh memberikan masalah yang lebih besar.
"Masalah ini boleh ditangani dengan semua pihak meletakkan kepentingan BN lebih tinggi daripada parti masing-masing," katanya ketika berucap pada Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden Barisan Kemajuan India Se Malaysia (IPF), M. Sambanthan meminta masalah rumah bagi bekas pekerja ladang diberi perhatian oleh kerajaan dengan mendirikan rumah kos rendah untuk mereka.
Beliau berkata, masalah tersebut masih berlaku di kalangan pekerja yang sudah mencapai usia bersara dan sekian lama tinggal di rumah yang disediakan oleh pemilik ladang.
"Masalah seperti ini yang memerlukan semua pemimpin dan ahli BN bekerja keras bagi memastikan rakyat di semua peringkat merasa terbela," katanya. Utusan.
P/S: Jadi, parti BN lebih mengutamakan aspek kroni dari kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Usahlah pangkah BN pada PRU-13 nanti...!
0 comments:
Catat Ulasan