Isnin, 17 Oktober 2011

AKTA MURTAD NAK BUAT AKTA HUDUD TAK NAK BUAT!!!




WAL PELIKUN QUDDUS, pelik ibnu ajaib. Inilah yang dikatakan dunia sudah terbalik. Jika akta murtad boleh pula dibawa berbincang untuk mengadakannya tapi peliknya akta hudud tidak boleh langsung dibawa bertutur.

Cakap saja pasal hudud, pilihan raya sudah hampir. Cakap saja pasal hudud PAS gagal setelah mentadbir 20 tahun di Kelantan. Cakap saja pasal hudud Mahathir kata PAS tuduh dia kafir. Cakap saja pasal hudud Najib kata takkan buat sampai mati. Cakap saja pasal hudud MCA nak keluar BN. Cakap saja pasal hudud maka Kepala Agama di Malaysia membisu seribu bahasa. Pelik bukan!!!

Tapi cakap saja pasal murtad, Mashitah tak gosok gigipun terliur bercakap. Cakap saja murtad JAIS meleleh terkam tak tentu pasal. Cakap saja pasal murtad tiba-tiba UMNO masuk Islam. Cakap saja soal murtad Muhyiddin kata 'o.k'. Cakap saja pasal murtad Aziz Bari nak kena dakwa. Cakap saja pasal murtad Zul Kulum naik tocang. Cakap saja pasal murtad Awang Selamat menyambut Selamat Hari Jadi. Cakap saja pasal murtad Mahathir kata 'kurang ajar' kepada Aziz Bari. Cakap saja pasal murtad maka bos besar agama Islam negeri Selangor akan diheret songsang oleh Utusan.

Cakap saja isu murtad maka akhirnya orang susah tak dapat lagi bantuan dari gereja. Tapi ini tidak akan dicakapkan. Cakap saja pasal murtad teringat pakdoe pada Datuk Azhar Mansur, Lina Joy, Siti Aisyah dan banyak lagi watak popular tanah air yang telah lama murtad dan hanyut tanpa ada jalan pulang lagi.

Cakap saja pasal murtad semua Islam boleh terima, tapi cakap saja pasal hudud...Hmmmhhh, Mashitah bakal tercabut kain kerana lari lintang-pukang. Najib bakal pakai seluar dalam atas kepala sebab nak buat sarban. Inilah yang peliknya.

Murtad nak buat tapi hudud takut...lucunya....!!!

Hudud pula tidak termasuk orang kafir, manakala murtad sudah tentu terlibat dengan orang kafir? Tapi MCA setuju pula. DAP senyap tupah...Tapi Najib?

Mungkinkah Najib kata "langkah mayat aku dulu, sebelum kamu nak buat akta murtad"?

Pelik bukan? Murtad Kafir terlibat UMNO nak, manakala hudud tanpa kafir UMNO tak nak?

Lantak engkaulah UMNO....!!! Bongok!!!




Source: http://www.themalaysianinsider.com

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code