Rabu, 28 September 2011

MUFTI, MASHITAH IBRAHIM DAN NOH GADUT..SOKONG HUDUD TAPI....ADUSSS MAMPUS AKU!!!

Gambaran hudud selalu dimomokkan oleh orang UMNO dengan pelbagai tuduhan dan keburukan berkenaannya. Tengoklah betapa kuat aura hudud ini kerana ia hukum Tuhan. Belum dilaksanakan lagi orang yang tidak melakukan jenayah pun sudah gentar dan gerun berdepan dengan hudud. Apatah lagi jika dilaksanakan. Semakin gerunlah orang untuk melakukan jenayah. Jika dalam konteks sosial undang-undang yang sedia ada gagal untuk menghalang berlakunya jenayah seperti ragut dan samun, maka hudud adalah jawapan yang terbaik dalam mengekang jenayah ini. Tak percaya cuba buat. Tengok apa yang akan berlaku. Baru tahu!!!

Dalam isu ini para mufti semuanya seolah mendiamkan diri dalam soal ini, hanya beberapa orang yang bangkit menyatakan pendirian mereka terhadap hudud. Tapi sebahagian yang lain terus 'lena' dalam menyatakan pendirian termasuk para sultan yang diangkat rakyat sebagai ketua hal ehwal agama Islam di Malaysia. Paling sedih bila mereka yang dianggap bertanggungjawab seperti Dr Mashitsh Ibrahim yang banyak tahu soal agama, Noh Gadut dan Fadhilah Kamsah hanya mencari dan menggali kitab bukan Quran untuk menyediakan set alasan yang menuju ke arah penentangan hudud ini. Kebolehan agama yang mereka ada hanya untuk dijadikan penyelidik kepada penentangan hukum Allah ini. Mereka bantah hudud dengan berbagai alasan.

Mereka mencari dan mengorek nas dan hadis serta berbagai alasan seperti Muqasid Syariahlah, sosioekonomi penduduklah, bangsa yang berbagai-bagailah, agama yang berbeza-bezalah, hukum Allah kejamlah, hudud zalim, hudud primitiflah, hudud kunolah, Malaysia belum bersedia untuk menjalankan hududlah. Malaysia tidak kondusiflah. PAS pura-puralah, dan banyak lagi. Akhirnya mereka kata: Hudud wajib diterima kerana hukum Allah...tapi...tapi...tapi... tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...
tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...
tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...
tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...
tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...
tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...
tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi...tapi

Mufti sokong hudud

SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong hasrat Pas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Namun begitu katanya, Pas seharusnya menyediakan semua proses pelaksanaannya, termasuk prosedur-prosedur yang ditetapkan, perbicaraan dan saksi.

“Jika semua ini tiada masalah, saya ucap tahniah dan bolehlah melaksanakannya kerana sudah lama hudud mahu dijadikan undang-undang tetapi hingga kini belum dibuat.

“Apa yang saya bimbang, hudud hanya sekadar memotong tangan pencuri sedangkan dalam aspek lain tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Katanya, sebagai orang Islam, ahli Pas perlu tunaikan janji dan jangan menjadikan hukum ini kempen politik menjelang pilihan raya.

“Perlu ingat, undang-undang Islam merangkumi tiga perkara, iaitu hudud, qisas dan takzir. Pas tidak boleh melaksanakan hanya satu kerana boleh menyebabkan ketidakadilan.

“Mereka perlu menjelaskan kepada masyarakat yang hudud bukan hukuman untuk menyeksa seperti potong tangan, sebat dan bunuh, sebaliknya menjadi pengajaran,” katanya.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, melaksanakan hukum hudud adalah kewajipan orang Islam dan tidak boleh dipersoalkan.

“Sekarang hudud menjadi masalah kerana orang politik yang tidak memahami Islam bercakap dan orang Islam pula mempolitikkannya.

“Ia bertambah panas dekat pilihan raya dan orang politik sibuk mengenainya sedangkan selepas pilihan raya, hudud tidak diambil peduli dan senyap begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, orang Islam perlu menerima hudud sebagai perundangan negara kerana ia terkandung dalam al-Quran.

Katanya, perlaksanaan tidak boleh dilakukan bersendirian, sebaliknya mendapat kerjasama daripada kerajaan persekutuan.

“Saya tahu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama mahu berjuang untuk melaksanakan hudud dan kenapa tiba-tiba muncul semasa :Pilihan Raya Umum Ke-13 akan tiba.

“Akibatnya, rakyat melihat hudud sekadar cakap-cakap sahaja dan untuk membuktikan komitmen Pas, mereka perlu benar-benar melaksanakannya,” katanya.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code