Ahad, 18 September 2011

KEBERANIAN NAJIB KETAKUTAN BUAT MUHYIDDIN YASSIN



Kecil telapak tangan Gunung Stong aku tadahkan, kata Anwar Ibrahim. Kenyataan yang dilaungkan Perdana Menteri bahawa tidak takut berdepan dengan Anwar dan sanggup berdebat juga adalah satu keputusan paling berani pernah beliau buat. Pertembungan dua tokoh ini bukan dilihat dari sudut lahiriah kerana jika dibandingkan dengan umur dan kekuatan fizikal sudah tentu akan berpihak kepada Najib, apa yang penting ialah sudut pemikiran dan kepetahan penyampaian yang berkesan dalam mempengaruhi pendengar dengan hujah yang berisi dan relevan.

Jika benar Najib sanggup berbuat demikian maka amat jelas satu lagi sejarah akan terbentuk, selama ini tidak pernah ada seorang perdana menteri  seberani ini. Sebaliknya PM sebelum ini hanya berani berkokok berdegar-degar dalam kandangnya sahaja dan langsung monyok bila dicabar untuk tampil berdebat dengan 'bos' pembangkang sama ada DAP, mahupun PAS dan kini PKR. Jika adapun cuma balacinya saja seperti Shabery Cheek hari tu.

Berita segembira ini wajar disorai dan disorak oleh semua lapisan masyarakat, jangan pula ada yang cuba menghalangnya kerana takut terlondeh dan kalah. Sebenarnya soal kemenangan dan kekakalahan tidak wujud sama sekali kerana yang penting ialah penilaian dari rakyat akan kehebatan antara tokoh dan parti yang diwakilinya ini. Lagipun sudah lama rakyat menantikan saat ini.

Tapi adakah kenyataan Najib ini direalisasikan masih terlalu awal untuk dibincangkan kerana berbagai faktor dan alasan bakal dikemukakan oleh 'geng' Najib kelak. Sebaliknya Anwar Ibrahim tiada apa yang digusarkan kerana beliau adalah seorang yang cukup berani dalam soal ini.


Apa yang dikesalkan ialah sikap pengecut dan penakut orang bawahan Najib bila dicabar untuk berdebat tetapi sebaliknya sanggup kencing merata-rata tanpa basuh. Sikap bacul ini tidak perlu terbawa-bawa oleh Najib sementelah wujudnya gerakan untuk menjatuhkannya. Sepatutnya Najib harus membuktikan bahawa dia adalah seorang tokoh yang relevan dengan zaman. Podium perdebatan ini juga dapat dijadikan sebagai satu landasan buat Najib membuktikan bahawa segala dakwaan terhadapnya selama ini meleset sama sekali. Bukan soal peribadi yang harus ditonjolkan oleh mereka tapi soal negara dan rakyat keseluruhannya.


Jika selama ini Najib menyarankan agar rakyat memilih 'bendera' bukan 'calon' yang dipertaruhkan untuk merampas Selangor. Sekali gus menunjukkan bahawa BN sebenarnya ketandusan calon untuk menang. Keterampilan calon tidak penting bagi Najib sebab apa yang penting ialah bendera parti mesti ditegakkan kembali di Selangor. 

Inilah satu lagi kelemahan bagi Najib apakah beliau lupa bahawa calon yang tidak berwibawa akan mengakibatkan kejatuhan buat BN sebagaimana yang terjadi kepada Encik Khir Toyo yang hilang gelaran Datuk. Sanggup menganugerahkan penyapu kepada pegawainya. Dalam masyarakat Cina analogi ini adalah bentuk penghinaan dan bukan kebaikan sama sekali apatah lagi pujian. Apakah Najib lupa bahawa calon yang diletakkan haruslah calon yang berkualiti dan diterima rakyat, bukan semata-mata bersandarkan kepada lambang dan bendera semata-mata.

Namun keterujaan persembahan debat antara Najib  dan Anwar harus diteruskan demi rakyat bukan demi parti dan individu. Sekian.





0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code