UMNO parti yang tak tahu gapo satu begitu gah sekali membuat tindakan yang entah apa-apa. Jika isu itu boleh dibuat penentangan terhadap pembangkang, maka UMNO adalah watak yang pertama menentangnya, jika PAS tidak bersetuju dengan Dr Hasan Ali berkaitan isu 'serbuan' ke gereja, maka UMNO akan bersetuju. Jika PAS bersetuju dengan Mufti P.Pinang supaya tidak menggunakan pembesar suara, maka UMNO pula tidak bersetuju. Jika PAS mendesak menggunakan 'dakwat' kekal dalam PRU-13 maka UMNO mendesak supaya menggunakan 'biometrik', Jika PAS diam tidak bercakap, maka UMNO akan bercakap. Jika PAS bercakap berkenaan dengan isu IC, maka UMNO akan menjerit-jerit menafikannya. Pendek kata, jika PAS berkentut, UMNO sebaliknya akan 'berak', tapi bila PAS basuh 'kentut'. UMNO pula tak basuh 'berak'. Inilah perbezaannya.
MB: Tiada tindakan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama
SHAH ALAM, 15 Ogos — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri Selangor tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama walaupun didakwa telah melanggar syarat MBPJ buat masa ini.
Beliau (gambar) berkata tindakan ke atas gereja berkenaan tidak boleh dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri menerusi Pejabat Menteri Besar ketika ini sedang menjalankan kajian mengenai status gereja tersebut.
Dipetik Bernama Online, katanya, sehingga ini, kajian tersebut termasuk mendapatkan laporan penuh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ekoran pemeriksaan yang dilakukan ke atas gereja tersebut pada malam 3 Ogos lepas sebelum ia dipersembahkan kepada Sultan Selangor.
Terdahulu beliau menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan Selangor anjuran Majlis Perbandaran Sepang.
Minggu lalu, MBPJ menafikan pihaknya mahu menjalankan operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama atas dakwaan ia tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat.
Sambil mengakui premis itu tidak pernah diluluskan, Timbalan Datuk Bandar MBPJ Puasa Md Taib berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan agar menyita Gereja Methodist Damansara Utama.
“Kita tidak pernah keluarkan apa-apa arahan untuk menyita Gereja Methodist Damansara Utama, tiada arahan daripada Datuk Bandar... juga tiada arahan daripada kerajaan negeri.
“Kita tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku, tapi setakat ini apa yang saya boleh katakan, tiada arahan untuk menyita gereja itu walaupun kita tahu premis itu tidak pernah diluluskan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Khabar angin yang disebarkan melalui khidat pesanan ringkas (SMS) itu antaranya mendakwa operasi itu akan dijalankan kerana Gereja Methodist Damansara Utama tidak pernah diluluskan sebagai gereja dan permohonan asalnya sebagai pusat komuniti.
Gereja Methodist Damansara Utama, menjadi tumpuan sejak seminggu lalu selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.
Serbuan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menuntut satu laporan daripada Jais berhubung kemelut yang berlaku.
Bagaimanapun pertubuhan bukan kerajan (NGO) Islam mempertahankan Jais dan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali yang mendakwa perkataan “al-Quran” dan “doa” atau “pray” diselitkan ketika majlis itu.
Dalam serbuan pada 3 Ogos lalu, Jais turut memeriksa 12 individu beragama Islam yang hadir dalam majlis makan malam itu namun tiada tangkapan dibuat.
Dalam pada itu, Khalid berkata kerajaan negeri Selangor telah menubuhkan satu pasukan kerja audit untuk menilai projek-projek infrastruktur pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu supaya peruntukan kewangan bagi projek itu dapat digunakan dengan lebih efisien.
Khalid berkata pasukan yang dianggotai kumpulan profesional seperti juruukur bahan, jurutera dan juruteknik dari Jabatan Kerja Raya (JKR) akan turun padang memastikan setiap projek yang dimajukan itu diuruskan dengan sebaik mungkin.
Katanya, sebagai peringkat kajian, tiga PBT negeri iaitu MBPJ, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah dipilih untuk melaksanakan usaha itu.
“Pasukan JKR akan turun padang menjalankan pengauditan kerja secara berterusan (di PBT terbabit) dan laporan oleh pasukan ini akan menentukan sama ada setiap projek di PBT perlu diteruskan ataupun tidak.
“Dengan usaha ini, kita boleh menyatakan kepada rakyat agar setiap projek yang dilakukan kontraktor terbabit di PBT, dilakukan dengan cara guna duit rakyat tapi nilainya setimpal dengan kerja yang dilakukan,” katanya.
Khalid juga berkata kumpulan profesional JKR itu akan bekerjasama dengan Jabatan Perbendaharaan Negeri Selangor untuk memastikan hanya projek yang berdaya maju akan diteruskan oleh kontraktor berkenaan.
Beliau berkata dengan cara ini, kerajaan negeri akan dapat melihat kecekapan pengurusan projek dan keuntungan yang diperolehi kontraktor terbabit agar ia sentiasa munasabah.
Khalid berkata beliau akan membentangkan laporan mengenai hasil penilaian yang dibuat JKR untuk pengetahuan penjawat awam negeri dalam masa terdekat.

0 comments:
Catat Ulasan