
Dengan berbagai tawaran dan kaedah pujukan, akhirnya Malaysia sebagai sebuah negara yang tamak pada kewangan akhirnya menyerah kalah dan tersungkur dengan menyerahkan bulat-bulat Tanjung Pagar kepada Singapura. Apa Raja Johor tidak 'terasa' apa-apakah dengan kehilangan yang besar ini? Bagaimana dengan Menteri Besarnya? Seronok kerana dapat menukar pembangunan dengan harta nenek moyang kita?
Malaysia di bawah rejim UMNO sejak 5 dekad lalu telah banyak 'tunduk' dan 'halloh' kepada Singapura. Dari sudut ekonomi, jika dulu beza matawang Singapura dengan Malaysia tidak begitu ketara, tapi kini Malaysia telah jauh ditinggalkan Singapura.
Jika dalam bidang ketenteraan, Singapura begitu bebas mengadakan 'zon latihan terbang' tenteranya melintasi sempadan dan berlegar-legar di bumi Johor tanpa sebarang sekatan, jika adapun langsung tidak diendahkan Singapura.
Begitu juga dari sudut status dan penarafan dunia, Malaysia masih jauh ketinggalan dari Singapura.
Dalam bidang sukan bola sepak, Malaysia juga selalu kalah dengan negara yang sangat koman, sebesar tahi mata saja berbanding dengan Malaysia. Para pemainnya yang sudah tua-tua pun tidak dapat di'challenge' oleh pemain negara. Semangat kesukanan Malaysia tinggi dengan kehadiran golongan bangsawan dan politik untuk melihat pemain Malaysia bertarung, bab ini Malaysia menang. Sebaliknya bagi pembesar Singapura, mereka tidak perlu bersenang-senang (bukan bersusah-susah) melihat anak buah mereka bermain secara 'live', sebab mereka fikir masih banyak kerja-kerja politik, ekonomi yang lain yang lebih penting dari menonton bola. Tambahan pula mereka sudah tahu negara mereka akan menang. Mereka tidak membazirkan tempat VIP mereka untuk mereka, sebaliknya mereka sanggup berkorban tempat yang dikhaskan itu kepada rakyat biasa sahaja. Inilah perbezaan pemimpin Singapura dan Malaysia dalam bab sukan. Manakala di Malaysia, fenomenanya jauh sekali berbeza, golongan bangsawan dan birokrat dapat duduk di 'grand stand' dengan bangganya 'secara percuma pulak tuh' kemudian ada pulak kuota-kuota tiket untuk kerabat dan kaum sejenis mereka jika perlawanan itu penting. Begitulah sukan bola sepak di Malaysia.
Namun inilah hakikatnya kehebatan UMNO-BN dalam mentadbir negara. Apa yang Singapura mahu, minta dan inginkan semuanya akan ditunaikan oleh Malaysia. Sebaliknya apa yang rakyat sendiri minta dan mohon, sehingga terpaksa mendesak melalui jalanan sekalipun tidak pernah ditunaikan kerajaan Malaysia.
Malaysia yang bercita-cita meniru model kejayaan Singapura, sekali lagi mengikut jejak dan langkah Singapura iaitu dengan memberi kerakyatan mudah kepada warga asing. Jika Singapura berbuat demikian adalah untuk mewujudkan persaingan dan perkembangan ekonomi tetapi sebaliknya Malaysia pula memberikan taraf warganegara tetap kepada warga asing hanyalah umtuk mengekalkan kerusi dan tampuk pemerintahan kerajaan UMNO sahaja. Inilah bezanya. Hadiah IC untuk pangkah Barisan Nasional.
Singapura perlukan pendatang
SINGAPURA - Bekas Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengakui pendatang baru memberi tekanan kepada penduduk dan harga rumah di negara itu tetapi menegaskan tanpa golongan itu, Singapura akan ketinggalan zaman dan tidak wujud saingan dalam masyarakat.
Kuan Yew menyuarakan pendapat itu dalam ucapannya, kelmarin semasa majlis sambutan Hari Kebangsaan negara itu di Tanjong Pagar.
Keputusan pilihan raya Mei lalu menunjukkan penurunan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat yang memperoleh 60 peratus undian berbanding 66 peratus pada pilihan raya 2006.
Menurut Kuan Yew, sokongan rakyat menurun akibat kekurangan perumahan di republik itu serta ramai rakyat Singapura menganggap kenaikan harga rumah berpunca daripada pendatang.
“Golongan pendatang bekerja keras untuk berjaya di negara baru dan walaupun ia seakan memberi tekanan, ia mungkin perkara baik kerana kita dan anak-anak kita akan lebih berdaya saing,” katanya.
Walaupun kerajaan kini cuba mengawal kemasukan pendatang baru, Kuan Yew menegaskan Singapura tetap memerlukan golongan itu untuk membantu kadar kelahiran rendah di negara itu.
“Ini adalah satu hakikat hidup, kita tiada pilihan kerana negara ini amat memerlukan mereka kerana jika tidak, populasi kita akan mengecil dan ekonomi tidak akan berkembang,” tambahnya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan