Sabtu, 13 Ogos 2011

ZAMAN NABI TIADA MIKROFON WAHAI MASHITAH IBRAHIM!!!

Mashitah Ibrahim selaku timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengatakan bahawa PAS telah tunduk kepada DAP kerana DAP melarang tok-tok lebai P.Pinang menggunakan mikrofon dengan kuat. Seterusnya berkata perbuatan ini telah mencabul kedaulatan Islam di P.Pinang, di mana letaknya moral umat Islam di P. Pinang?

Mashitah sekali lagi mendakwa bahawa semasa zaman pemerintahan Gerakan di P.Pinang sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional, perbuatan menggunakan mikrofon sekuat manapun tidak menyebabkan kaum lain komplain terhadap Islam. Ini setelah DAP mengambil alih P.Pinang tidak sampai berapa tahun Islam sudah monyok dan tidak boleh berkokok di P.Pinang. menurut Mashitah lagi kerajaan DAP langsung tidak peka dengan sensitiviti umat Islam di P.Pinang.

Namun belum pun sempat Mashitah habis berkata-kata, wakil DAP terus dengan lantang mengatakan, "Wahai Mashitah, di zaman nabi Muhammad dulu tak ada pun mikrofon?"...mendengar hujah ini maka sekali lagi Mashitah Ibrahim kelu dan tidak berani menatap mata wakil DAP itu.

"Jadi tak usah memperbesarkan isu yang bidaah ini wahai Dr Mashitah!". Katanya lagi. Hitam legamlah muka Mashitah bila dipanah oleh wakil DAP itu.

"Kita di P. Pinang mengamalkan sikap toleransi, dan tidak pernah melarang sesiapapun berkenaan bab Islam di Malaysia. Ini adalah usaha Jabatan Mufti P.Pinang. Bukan kerjaan negeri yang tetapkan".

"Memang jelaslah bahawa Jabatan Mufti P.Pinang mengeluarkan fatwa tersebut kerana takut terhadap rungutan orang bukan Islam yang terdiri dari pengikut-pengikut DAP". Celah Mashitah.

"Kita di P.Pinang mengamalkan kaedah pemerintahan Umar Abd Aziz, bukan macam Barisan Nasional dan Gerakan semasa Tsu Koon dulu, yang entah model apa yang digunakan pun tak tahu. Lagipun ini hanyalah melibatkan soal pembacaan Al Quran sebelum azan sahaja".

"Mashitah harus tahu beza antara sunnah dan bidaah, jangan main hantam saja". Ujar wakil DAP lagi.

Sekali lagi Mashitah monyok dan dokoh sehingga balik dengan tidak bernotis, balik dengan tersedu-sedan kerana telah dismash dengan begitu teruk sekali oleh wakil DAP tadi.



Larang pembesar suara: Perlis sokong Pulau Pinang

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepadaMalaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.


“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang.

“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.

“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih,” katanya.

Hormati keputusan

Mengulas perkara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik Bernama berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur malam semalam.

Berita Harian semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Akhbar milik Umno itu juga memetik pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Abd Shukor Husin, berkata larangan itu ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini

Sebaliknya, kata beliau, larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.

"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.

"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya dipetik Berita Harian.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code