
KUALA NERANG: Hanya kerana seekor kucing, seorang warga emas maut manakala isterinya cedera akibat ditetak di kepala oleh anak mereka yang mengalami masalah mental.
Kejadian amuk itu berlaku di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak di sini ketika keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa kira-kira jam 7.15 malam kelmarin.
Saman Sirun, 60, yang cedera teruk di kepala dan tangan serta putus pergelangan kaki kanan mati dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya, Hasnah Abdul Majid, 51, menerima lima jahitan di belakang kepala dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang.
Menantu mangsa, Mohd Nazrin Zainon, 32, berkata, suspek yang juga abang iparnya berusia 33 tahun baru pulang dari Jitra selepas membeli pakaian untuk persiapan Aidilfitri sebelum balik ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa dengan menaiki Proton Iswara.
“Selepas balik dia terus mengejar kucing yang berkeliaran dalam rumah dan pada masa sama ternampak dia memarahi anak-anaknya kerana membuat bising. Metro
Warga emas maut, isteri parah
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my
![]() |
| SEBAHAGIAN kanak-kanak melihat tempat kaki kanan Seman Sirun (ditanda dengan serkap ikan) yang putus dijumpai di Kampung Pasir Putih Tualak, Kuala Nerang, Kedah, semalam. |
PADANG TERAP 12 Ogos – Seorang warga emas maut manakala isterinya parah selepas ditetak dengan sebilah parang oleh anak mereka yang naik berang dalam kejadian amuk di Kampung Pasir Putih, Kuala Nerang di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, Seman Siron, 60, (gambar) meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat cedera parah di kepala, kedua-dua belah tangan dan putus pergelangan kaki kanan akibat tetakan tanpa belas kasihan oleh anak ketiga daripada enam beradik itu.
Isteri mangsa, Hasnah Abdul Majid, 58, pula terpaksa menerima lima jahitan di belakang kepala yang cedera sepanjang 10 sentimeter, namun keadaannya dilaporkan stabil.
Kejadian dikatakan bermula apabila suspek naik angin setelah tindakannya memarahi anak buahnya kerana membuat bising ketika menunggu waktu berbuka puasa dan berang dengan kehadiran kucing yang berkeliaran setelah ditegur adik ipar suspek, Mohd. Nazrin Zainon, 32.
Pemuda berusia 33 tahun itu kemudian mengambil sebilah parang penebas sepanjang 40 sentimeter di luar rumah sebelum menyerang adik iparnya itu, bagaimanapun Mohd. Nazrin sempat menyelamat dan melarikan diri bersama tiga anaknya berusia enam hingga 11 tahun.
Seman yang cuba mententeramkan keadaan turut ditetak suspek yang kemudian menyerang ibunya, Hasnah yang cuba menghalang anaknya itu daripada terus menetak suaminya.
Suspek yang masih bujang melarikan diri dengan membawa bersama bahagian kaki bapanya yang terputus itu setelah seorang jiran mengarahkannya berhenti daripada terus mengamuk di samping bertindak memukul tangan suspek dengan sebatang kayu.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kedua-dua mangsa yang cedera segera dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang oleh ahli keluarga mereka tetapi Seman disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas kejadian sementara Hasmah yang dilaporkan stabil dibenarkan pulang tengah hari ini.
Katanya, mayat Seman dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut oleh waris bagi urusan pengkebumian.
Menurut Ku Yaacob, pihaknya menemui bahagian kaki mangsa yang dilarikan suspek kira-kira lima meter dari bahagian luar dapur rumahnya.
Menurut beliau, polis dengan bantuan penduduk kampung sedang giat mengesan suspek yang dipercayai bersembunyi di dalam hutan di Puncak Janing dan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, semakan polis mendapati suspek yang masih bujang dan bekerja kampung tidak mempunyai rekod gangguan mental di hospital, bagaimanapun difahamkan pemuda itu pernah mendapatkan rawatan secara tradisional akibat tekanan jiwa. Utusan
Jiran pukul suspek dengan kayu henti serangan
PADANG TERAP 12 Ogos - Tindakan seorang jiran sebuah keluarga yang menjadi mangsa amuk memukul suspek dengan sebatang kayu berduri, akhirnya berjaya menghalang lelaki terbabit daripada terus bertindak ganas.
Mohd. Khairul Shamsuddin, 28, memberitahu, dia terjaga daripada tidur selepas mendengar bunyi bising dan jeritan meminta tolong dari rumah jirannya itu yang terletak hanya kira-kira 50 meter.
Katanya, sebaik memasuki kawasan dapur rumah jirannya, dia nampak mangsa, Seman Siron, 60, terbaring dengan berlumuran darah dan kaki kanannya dari bahagian buku lali telah putus.
"Saya mengambil sebatang kayu berduri dari kawasan dapur dan terus memukul tangan suspek untuk menjatuhkan parang dipegangnya namun gagal.
"Namun, akibat pukulan itu suspek menjerit kesakitan dan meminta saya supaya tidak memukulnya lagi sebelum dia melarikan diri ke dalam hutan," kata Mohd. Khairul ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang semalam, Seman maut manakala isterinya parah selepas ditetak dengan sebilah parang oleh anak mereka yang naik berang dalam kejadian sebelum berbuka puasa itu.
Sementara itu, abang ipar kepada Seman, Ahmad Sabri Abdul Halim, memberitahu, kira-kira empat tahun lalu, suspek pernah memberitahunya dia kerap terdengar suara bisikan di telinganya mengatakan tentang bomoh dan perubatan.
Katanya, ahli keluarganya ada menjalankan perubatan secara tradisional bagi mengubati penyakit pemuda itu tetapi suspek dilihat tidak suka dia diubati dengan lebih gemar bersendirian.
Menurutnya lagi, suspek pernah beberapa kali naik angin tetapi tidak pernah menyerang ahli keluarganya.
"Tindakannya kali ini memang di luar dugaan kerana dia seorang yang pendiam dan tidak bergaul dengan orang," katanya. Utusan

0 comments:
Catat Ulasan