Zahrain kebelakangan ini tak berhenti-henti menyalak, puas menyalak, bertempik, lepas itu berkokok, tapi akhirnya menangis tersedu-sedan kerana tiada apa yang diiktiraf oleh parti barunya akan jasanya. Seterusnya....
Pentas politik cemar yang bergema di mana-mana pelusuk tanah air kebelakangan ini, bila munculnya berbagai dalil dan tanda bahawa zaman BN kian hampir terguling semakin dekat. Maka berduyung-duyunglah munculnya gerombolan, Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj untuk berjuang dan terus berjuang melawan kebenaran dan menghasut ke arah kebatilan.
Antara watak yang kian muncul menghentam parti yang semakin gagah seperti Pakatan ialah Brahim Juling, Zulkulum dan Zahrain kucar taik. 3 ekor watak yang dilahirkan oleh UMNO ini tumbuh dengan lebat setelah hujan panas kucing berjemur. UMNO sangat suka menggandingkan watak propaganda mereka secara berkumpulan. Jika dulu Datuk 'T' (Tembelang), terdiri dari 3 orang, kini muncul pula 3 watak baru yang disebutkan di atas. Trend ini dibuat berdasarkan model 3 suku yang sedia ada iaitu dipanggil 'gandingan desperado' adik beradik despatnogoro yang menganut aliran 'Najuborosmeh'. Merekalah bos kepada mana-mana gandingan berjumlah 3 ini. Sesiapa yang tak kenal gandingan desperado ini alamat...pendek umur. mereka terdiri dari Najib sendiri sebagai pengasas Najuboromeh, Muhyiddin dan sesiapa yang jadi Ketua Polis Negara, jika dulu Musa Musang, kini Mail puting. Inilah tuan-tuan gandingan hebat yang memegang tampuk pemerintahan negara dan menyebar kebatilan di Malaysia.
Disko boleh, arak tak kena sebat tapi diampunkan, judi jika tak buat kena saman, pusat hiburan masa operasi dipanjangkan di bulan Ramadhan Al Mubarak dibulan-bulan puasa dipendekkan. Pelacur yang tua-tua diserbu dan dihantar pulang yang muda-muda disimpan. Masjid-masjd dan surau-surau dirobohkan. Murtad berleluasa dan bermaharajalela, jenayah kejam meningkat, sumber ekonomi rakyat tidak menentu dan peningkatan harga barang berganda dari bulan ke bulan dari hari ke hari. Manakala para pemimpin hidup mewah dan boros dengan pakaian yang hebat berjenama, permata jutaan ringgit, dan sebagai lagi kepincangan yang berlaku di saat-saat akhir kejatuhan regim zionis Najuborosmeh ini.
Baiklah tuan-tuan kita kembali kepada bagaimana pula yang dikatakan Zahrain kucar taik ini untuk mentadbir P.Pinang kerana mendakwa Tsu Koon begitu lemah dan menjadi kebencian oleh rakyat PP sendiri. Sebaliknya Zahrain mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri PP akan diberikan kepada UMNO sahaja iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar bawah). Inilah calon yang dijulang-julang dan disebut-sebut oleh Zahrain untuk merampas kembali PP dari DAP. Calon Melayu yang Zahrain laungkan ini lebih diterima rakyat berbanding Tsu Koon yang langsung tidak membela nasib orang MCA.
Zahrain, setelah tidak dilayan oleh pembangkang dan dianggap seperti 'sampah'. Gagal melaga-lagakan Ku Li, Anwar dan Nik Aziz. Nampak begitu bodoh sekali tindakan itu. Lantaran terasa kebodohan sendiri maka Zahrain kini muncul pula membakar pentas politik dengan membakar komponen parti sendiri. Dan watak yang di'cocoh' punggungnya ialah Tsu Koon burung belatuk ini. Tak semena-mena burung belatuk tadi kena penyekeh. Sikap 'kucar taik' Zahrain ini sudah ramai yang tahu, jika tak dapat sesuatu dia akan 'ecer taik' merata-rata. Jika tak dapat juga perumpamaan dikampung zaman mandi perigi muncul iaitu 'Berak dalam telaga'. Jika ibarat 'berak dalam telaga' ini tuan-tuan tiadalah lagi kejahatannya yang dapat dibandingkan. Satu kampung tak dapat mandi gara-gara najis dan taik yang bertaburan dalam perigi itu tuan-tuan. Dasyat sungguh perbuatan itu tuan-tuan.
0 comments:
Catat Ulasan