Ahad, 21 Ogos 2011

SEEKOR LAGI MENTERI YANG BONGOK DI MALAYSIA!!!

Kalau alasan macam ni, nenek bapa mertua akupun boleh jadi menteri macam ni. Bukan susah nak jadi menteri tidur macam ni. Bila naik harga pandai, tapi bila turun harga tak pandai-pandai. Bodoh punya orang UMNO. Masa nak naikkan harga pandai pula menipu rakyat. Tapi yang paling pelik bila sekali naik harga barang, ianya tak pernah turun-turun. Kerajaan UMNO yang naikkan harga barang, lepas tu tak mengaku. Bagi alasan budak sekolah lagi. Lembu pun tahu UMNO yang naikkan harga barang apatah lagi manusia.

Punca kenaikan harga barang ialah bila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak. Kalau dalam pelajaran ekonomi asas pun sudah nyata bahawa minyak adalah segala-galanya. Naik minyak, bermakna barang lain juga akan ikut naik, ini teori. Padahal Malaysia pengeluar minyak, mana perginya keuntungan minyak itu untuk rakyat Malaysia?

Minyak ditentukan pasaran dunia, bila naik harga minyak, selaku negara pengeluar juga akan mendapat keuntungan dan sudah tentu secara logiknya dapat mengimbangi harga minyak tempatan. Tapi apa yang peliknya bila harga minyak dunia turun, mengapa pula harga minyak di Malaysia masih sama? Tidak turun-turun. Jika isu subsidi yang dimainkan, mengapa dulu kerajaan mampu bagi subsidi tapi sekarang pula tak mampu - dah nak mampus agaknya. Mana pergi duit? Buat pembangunan? Apa yang dibuatnya? Lebuh raya kena tol, makan di kedai kena tax, buat apa sekalipun rakyat kena bayar. Apa kejadahnya kerja kerajaan? Makan, tidur, berjalan pusing dunia, jumpa Pope, Kristiankan orang, buat pusat hiburan besar-besar, lanjutkan masa tempat maksiat, beri kerakyatan mudah kepada warga asing, cabut hak keistimewaan Melayu, cabut kuasa mutlak raja-raja Melayu, biasiswa tukar jadi PTPTN, buang orang yang rajin bekerja, setan-setan diambilnya bekerja. Babi punya UMNO.

Menteri: Bukan kerajaan tentukan kenaikan harga barang

TASEK GELUGOR, 21 Ogos — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan.

“Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna.

“Hal ini memang disedari oleh pihak pembangkang iaitu PAS, tetapi mereka sengaja mempolitikan isu ini,” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kempen antikenaikan harga PAS sebagai protes terhadap kerajaan BN.

Kempen dikenali sebagai Protes BN dilancarkan semalam.

Nor Mohamed (gambar) berkata kerajaan sentiasa berusaha mengawal kenaikan harga dengan pelbagai formula dan strategi dalam usaha memastikan keharmonian hidup rakyat serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan kita sangat berpengalaman dalam menangani isu kenaikan harga, kita telah menghadapinya beberapa kali, tetapi sekiranya PAS yang menerajui pemerintahan mereka belum tentu boleh mengawal harga kerana mereka tidak berpengalaman,” katanya.

Terdahulu, Nor Mohamed melancarkan Pasar Tani Khas Pra-Syawal di Pasar Tani Mega, Tasek Gelugor dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 20 orang anak yatim, 10 ibu tunggal, 10 orang warga emas dan ahli jawatankuasa peserta Pasar Tani di kawasan itu.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code