Ahad, 21 Ogos 2011

Baki RM100j: Desak Kedah jelaskan, bila tang UMNO: Diam

Jika negeri pembangkang penyibuk-penyibuk UMNO mendesak untuk mengetahui perbelanjaan wang kerajaan negeri. Tapi bila perbelanjaan berlebihan di Jabatan Perdana Menteri yang menuntut penambahan tidak pula diminta penjelasan oleh pemakan tahi ini.

Namun semangat ingin tahu ini sangat penting dan pendedahan kerajaan berhubung desakan ini mestilah dilaksanakan segera. Pemakan tahi ini saja ingin menimbulkan kekecohan menjelang pilihan raya yang semakin hampir ini, namun sebaliknya para pendesak ini tidak harus melihat ini sebagai sebelah pihak saja. Sebaliknya bila perbelanjaan dan urus tadbir kewangan di pihak kerajaan tiada pula yang sibuk nak canang isu itu malah jika diminta pun kerajaan UMNO buat tak endah saja.

KUALA NERANG 20 Ogos – Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas diminta menjelaskan kedudukan baki wang peruntukan penyelenggaraan jalan tahun lepas berjumlah hampir RM100 juta yang dimasukkan ke dalam sebuah Tabung Amanah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, rakyat ingin tahu ke mana perginya wang tersebut.

“Kerajaan negeri kena jelaskan secara telus baki wang tersebut. Jika telah dibelanjakan, apa dia. Kalau masih ada, nak buat apa, kerana peruntukan untuk tahun ini telah diterima.

“Wang tersebut tidak boleh digunakan selain untuk penyelenggaraan jalan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Ramadan kepada lebih 2,500 golongan miskin di Parlimen Padang Terap hari ini.

Bantuan berupa wang tunai, beras serta kain pelikat dan batik turut disampaikan bersama Ketua UMNO Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pegawai Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Paduka Ghazali Ibrahim.

Barisan Nasional membangkitkan isu itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) April lepas setelah kerajaan negeri membelanjakan lebih RM50 juta sahaja daripada peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM150 juta.

Ahmad Bashah berkata, pengakuan kerajaan negeri bahawa baki wang itu dimasukkan ke dalam tabung amanah tidak memadai.

“Banyak lagi jalan rosak perlu diperbaiki... mengapa mesti dimasukkan dalam tabung amanah. Mereka mesti perjelaskan dengan butiran atau boleh dituduh menyeleweng,” katanya.

Mengenai larangan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri sidang DUN akan datang, Ahmad Bashah berkata, UMNO akan merujuk perkara itu kepada peguam parti, walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan beliau masih wakil rakyat yang sah.

Larangan itu dikeluarkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail yang dilapor akan memfailkan rayuan berhubung perkara itu di Mahkamah Persekutuan.

Khamis lepas, Mahkamah Rayuan memerintahkan kerajaan negeri Kedah membayar semula elaun Abu Hassan selepas memutuskan beliau masih wakil rakyat yang sah.

– BERNAMA


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code