Khamis, 4 Ogos 2011

PENAWAR CUBA SELINDUNG FAKTA SEBENAR - MUHYIDDIN TERLIBAT

Penawar nafi minta Najib letak jawatan

Aziz Shamsuddin (kanan) membuat penjelasan pada sidang media di Kuala Lumpur petang tadi. Di sebelah beliau ialah Aziz Yassin, ahli Majlis Tertinggi Penawar. — Foto oleh Jack Ooi

AZIZ Shamsuddin tidak mengaku dan cuba menyembunyikan fakta sebenar apabila memberitahu wartawan berkenaan gesaan Penawar mendesak Najib meletak jawatan, mungkin juga Aziz tidak terlibat...kerana Najib banyak membantu dari segi kewangan persatuan yang dianggap tidak berfungsi langsung kepada UMNO dan Barisan Nasional ini. Merakamkan kenyataan dari batu dan kayu seperti ini tidak akan mengubah keadaan yang dah pun berubah. Muhyiddin Yassin selaku timbalan yang mencari peluang menggulinkan Najib. Muhyiddin yang lebih tahu kerana dialah perancang segala-galanya.


KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) menafikan laporan bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Presidennya Tan Sri Abd Aziz Shamsuddin berkata Penawar yang ditubuhkan pada Disember 2009 tidak pernah meminta agar Najib berundur.

Najib menjadi perdana menteri dan presiden Umno sejak awal 2009.

“Saya sama sekali menafikan kenyataan itu,” kata beliau sambil menambah, pada mesyuarat diadakan 29 Julai lalu Penawar tidak pernah membuat sebarang keputusan mahu menggesa agar Najib meletakkan jawatan.

“Sebarang bentuk persepsi yang salah harus dibetulkan,” kata beliau yang juga bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ahli Parlimen Shah Alam.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code