Jika dakwaan PAS menerusi wakilnya Mustafa Ali mengaitkan masalah dalaman UMNO sebagai satu alasan. Malah usaha untuk menggulingkan Najib adalah benar sebagaimana terdakwa, maka orang yang harus memberi penjelasan dalam hal seperti ini ialah Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang ingin menjadi PM ke-7 Malaysia mesti mengetahui dengan lebih detail lagi duduk sebenar perkara. Mungkinkah Muhyiddin perancang utama dalam gerakan ini???
Muhyiddin juga meluat dengan keangkuhan Najib dan Rosmah yang begitu boros dalam berbelanja, sebaliknya memberi nasihat supaya rakyat berjimat-cermat.
Pertentangan Muhyiddin - Najib ini telah lama dihidu oleh juak-juak yang berbagai kategori dalam UMNO, cuma mereka tidak berani mendedahkannya secara terbuka. Dakwaan Mustafa Ali ini memang ada asasnya. Jadi secara tidak langsung Muhyiddin turut sama terlibat dalam konspirasi ini. Demi ditabal sebagai PM ke-7 Malaysia tidak dapat tidak Muhyiddin berusaha ke arah itu. Kuasa Din, kuasa!!!
KUALA LUMPUR 4 OGOS : Parti Islam Se-Malaysia hari ini mendakwa Umno-Barisan sengaja membangkitkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan tempat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha menutup isu dalaman parti berkenaan.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, wujud satu gerakan yang serius dalam Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya lagi, gerakan tersebut mahu menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno itu dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".
"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.
"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Oleh itu katanya, laporan yang mengaitkan pemimpin PAS mengadakan satu pakatan sulit untuk mengangkat Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebagai Ketua Pembangkang, adalah tidak benar.
Ia hanyalah usaha untuk mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno, kata Mustafa.
Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".
"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.
Beliau yang diuja persoalan, daripada mana gerakan itu berkata, ianya berada di dalam Umno sendiri..
"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".
Ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:
"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya,"katanya lagi.
Malah menurut Mustafa, Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.
Khamis, 4 Ogos 2011
MUHYIDDIN MESTI MENYATAKAN PENDIRIAN BERHUBUNG KOMPLOT MENJATUHKAN NAJIB RAZAK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan