Ahad, 7 Ogos 2011

NAJIB BEKERJA MACAM 'CUTI', BERCUTI PURA-PURA 'KERJA'!!!

terbang sana, terbang sini...kerja ker?
Inilah tugas seorang PM Malaysia, hari-hari kerjanya macam bercuti kerana ada perayaan sana, kenduri sini. Sambutan sana, sembelih lembu sini, pendeknya semuanya indah dan GUMBIRA sebagai seorang PM Malaysia.

Jadi soal berkorban 'cuti' sebenarnya langsung tidak timbul dalam kepala hortak seorang 'brutal' seperti Najib. Lucu sungguh media arus perdana mengatakan Najib berkorban cuti - sedangkan hari-hari Najib cuti..

Hari-hari Najib bersiar-siar dengan segala kemewahan yang nombor 1 ada di Malaysia. Sebab tu Najib mencanangkan dasar 1Malaysia. Tujuannya ke mana saja Najib pergi semua sambutan yang dilaksanakan untuknya kelas pertama, nombor 1. Macam mana idea bodoh macam ni digembar-gemburkan oleh media Najib kata Najib bekerja...Mana ada, cuti jer mmanjang ada ler...luar negara, luar negeri, masuk kampung, keluar bandar...manyak syokk oiii..

Najib hari ini telah diberi pingat oleh Sultan Kazakhstan iaitu pingat DPN - Datuk Penipu Negara..krahhh krahhh krahhh apple lerrr!!!!

Najib Bekorban Cuti Demi Rakyat.
22 Jul 2011 2:30PM


SEPANG 22 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tiba di tanah air pada Jumaat selepas melakukan lawatan ke luar negara, berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat.

Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari Jumaat.

Beliau dijangka melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.

"(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

"Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang yang menyambut beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

"Saya ucap terima kasih kepada isteri saya. Dia tak bantah dan sokong. Anak-anak saya pun sokong," kata Najib dengan disambut tepukan gemuruh.

"Saya beritahu Tan Sri Muhyiddin (bahawa) penting kepada kami berdua turun padang. Kami nak jumpa dengan rakyat Malaysia. Saya minta juga menteri-menteri turun bersama.

"Kita berjumpa dengan rakyat. Kita bertemu dengan rakyat. Kita beritahu pada rakyat bahawa mereka boleh bergantung harapan kepada kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Perdana Menteri juga dijangka melakukan lawatan ke negeri Perlis pada Sabtu.

"Ini adalah gambaran bahawa kita akan melakukan bersungguh-sungguh... yang terbaik. Percayalah bahawa imej Malaysia masih begitu tinggi di luar negara tetapi yang penting adalah untuk kita dahulukan rakyat.

"Kami mahu beritahu kepada rakyat Barisan Nasional adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia," katanya.

Najib turut disambut dengan kain rentang yang ditandatangani kira-kira 1.2 juta rakyat Malaysia yang melahirkan tanda sokongan terhadap kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kempen menurunkan tandatangan itu digerakkan oleh Kongres India Muslim Malaysia, salah satu daripada anggota gabungan Umno. BERNAMA



Source: http://www.klpos.com

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code