Khamis, 11 Ogos 2011

MUNCULNYA DAJJAL, YA'JUJ DAN MA'JUD DI AKHIR ZAMAN NAJIB DAN ROSMAH:

Antara tanda-tanda berakhirnya zaman pemerintahan Barisan Nasional ialah munculnya gerombolan Dajjal mata satu, Ya'juj dan Ma'juj (DYM) untuk membela kaum kerabatnya agar dimasukkan terus ke lembah durjana iaitu Neraka. Inilah perumpamaan yang selayaknya bagi golongan pengampu dan pecacai ini.

Sebagaimana diketahui sebelum ini tiada satupun yang bangkit membela dan menghalang Najib dari terus menghadirkan diri untuk disoal siasat oleh pasukan pembela Anwar Ibrahim. Namun apabila melihat keadaan sukar ini mungkin tidak memihak kepada pendakwa, maka muncullah Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj (DYM) ini untuk menghalangnya. Antara watak-watak (DYM) ini telah dilakonkan oleh manusia yang betul-betul berupa(DYM). Manusia ini entah kenapa begitu marah dan tidak bersetuju dengan kehadiran Najib ini. Apa tujuannya? Sedangkan sudah banyak kali hal yang sama, watak yang sama berdegar-degar di pentas UMNO mengutuk Anwar Ibrahim dan segala apa tindak-tanduk yang dilakukan oleh PKR.

Watak yang melakonkan DYM ialah Zulkifli Noordin, Zahrain dan Gobalakrishnan yang mendakwa sebagai orang yang sanggup galang ganti batang tubuh Najib dan Rosmah. Pembela dajjal seperti ini harus diselidiki dahulu latar belakangnya. Kejahatannya tak kurang dan akhirnya menggigit sesiapa saja yang menjadi tuannya.

Jika ditelusuri dengan lebih mendalam ketiga-tiga DYM ini adalah orang yang kecewa dengan tawaran-tawaran yang ditarik balik oleh Anwar dan Pakatan Rakyat, sebab itu mereka berpaling tadah, dan murtad. Jadi orang-orang sebegini paling layak ditembak dengan senapang gajah saja...kata P. Ramlee.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code