Semasa tiada isu yang nak dicari dan digali oleh UMNO maka muncullah idea dari parti pembangkang itu untuk menimbulkan kekepohan tehadap ketenangan kerajaan Pakatan di Selangor, walhal sebenarnya Gereja di Damansara ini telah lama aktif memberi bantuan kepada golongan Islam yang merempat, sejak zaman Toyo lagi. Pemantauan dan desas-desus ini juga telah lama bertompok dalam pemikiran beberapa orang yang entah dari mana datangnya, yang melihat peluang ini sebagai 'emas dinar' untuk mewujudkan satu kegoncangan politik di Selangor.
Maka dengan adanya isu ini dapatlah kiranya UMNO dan barisan pengampunya membuat onar dan gerak gempur bagi menunjukkan betapa Jais ini menjalankan kerja dengan betul dan berhemat sekali, tambahan pula adanya sokongan dari Exco yang suatu waktu dulu bercita-cita ingin menjadi Menteri Besar di Selangor tapi tidak kesampaian, maka dengan sebab itulah sanggup berpatah arang untuk dipecat sekiranya tindakannya itu mendatangkan bencana buat parti. Sanggup bertempik di atas landasan media kerajaan seperti 'Utusan Melayu' bagi melaungkan kehebatannya dan mempertahankan tindakan geng-gengnya. Konon jika bab Islam tidak pernah dikompromi sama sekali. Memang betul dan tepat sekali Islam tidak boleh dipermainkan. Landasan yang Hasan Ali dan Jais gunakan ini memang tepat. Namun apa yang mendukacitakan ialah kesan selepas tindakan itu sebenarnya mengundang padah kepada kerajaan Negeri Selangor dan kepimpinannya sahaja termasuk juga parti Hasan sendiri. Atau adakah pengakuan Hasan Ali untuk rela 'dipecat' seperti yang dinyatakan hari itu mewakili sifatnya yang mula 'benci' terhadap parti sendiri atau sekadar melaungkan tawaran kepada UMNO untuk membelanya?
Natijahnya, MB Selangor telah dihadiahkan dengan mangkuk tandas dan penyapu sebagai hadiah bantahan, seterusnya dengan jelas menunjukkan betapa tidak beradabnya umat Islam yang lahir dari asuhan UMNO. Berbagai sepanduk dan kata nista yang menuduh kepimpinan Pakatan di Selangor. Sunggguh tidak sopan!
Akhirnya perbuatan yang dianggap betul oleh Jais dan Hasan tadi telah mengundang keburukan kepada parti Hasan sendiri. Apa Hasan gembira dengan kejadian ini? Atau adakah Hasan dan Jais benar-benar merasa puas dengan tindak-tanduk mereka ini? Dari satu sudut jihad agama memang benar perlakuan ini, tapi bukankah dengan berbuat demikian akan memberi satu tanggapan buruk yang mencerminkan Islam menindas agama lain di Malaysia. Jika begitu maka jelaslah dan benarlah dakwaan Uthman El Muhammady bahawa adanya unsur-unsur keganasan dan terorisme Islam di Malaysia.
Jika kaedah ini satu bentuk yang dianggap betul oleh sesetengah umat Islam dalam keadaan negara Malaysia yang masih penuh bergelumang dengan maksiat dan kejahilan. Perkhianatan agama sesama agama tidak mungkin dapat meleraikan berbagai aktiviti maksiat yang masih berleluasa di negara ini. Munasabahkah tindakan ini, bukankah Islam itu satu agama yang toleran?
Memang benar, orang Islam terlalu sensitif terhadap agama, terutama bila tersentuh bab pegangan Islam mereka, meski yang keras bangun menentang itu belum tentu pergi sembahyang Jumaat, belum tentu berpuasa cukup di bulan Ramadhan, tapi bila bab agama dipermainkan mereka dengan megah berdiri mahu mempertahankan Islam sebaik mungkin, seolah matipun mereka sanggup demi menebus dosa-dosa maksiat mereka. Inilah sifat dan semangat orang Islam. Benar, ini sangat baik pada pengiraan dari sudut agama. Namun ironinya pemimpin Islam dari kalangan UMNO sebelum ini dalam siri murtad ini tidak pula bersungguh-sungguh menentangnya, contohnya Lina Joy, Nor Aishah Bokhari, Hartina Kamarudin, Jamaluddin Osman(Joshua) dan ramai lagi. UMNO tidak kisah pada isu murtad ini, tidak 'glamour' kata Nazri Aziz.
Peliknya kini, tindakan 'menghalang' segelintir umat Islam yang ingin 'murtad' oleh Jais dengan kaedah 'serbu' ini tetiba saja disokong oleh UMNO. Apa sejadahnya? Lagipun setelah tiada bukti yang ditemui akhirnya Jais menafikan bahawa tiada kekerasan dan kekasaran yang dilakukan dan istilah 'serbu' itu sengaja diadakan oleh media dan ahli politik saja. Pelik memang pelik...
Jais dan Hasan Ali sepatutnya kena berani menyatakan kebenaran bukannya bersembunyi di balik selimut. Kalau serbu katakan saja serbu apa nak ditakutkan. Jika benar serbuan itu sebenarnya satu tindakan yang menyalahi undang-undang permohonan maaf oleh Khalid Ibrahim sebenarnya satu sikap yang cukup baik untuk menjernihkan kembali kekalutan ini. mengapa pula Khalid Ibrahim yang terpaksa menjadi mangsa?
Jelasnya, dari fenomena ini dapatlah disimpulkan bahawa Jais dan Hasan Ali kini telah berubah arah perjuangan yang mula suka memangkah tuan, laksana yang selalu diamalkan oleh Zulkifli Noordin dalam siri jelajah 'murtadnya'. Jika dulu habis nama binatang di dalam hutan telah dilabelkan oleh Zulkulum ini untuk UMNO tetapi sebaliknya kini habis nama malaikat digunakan oleh Zulkulum ini untuk memuji Najib dan partinya. Takkan jejak dan rentak tarian yang sama ingin dimainkan oleh Hasan.
Khamis, 11 Ogos 2011
HASAN ALI DAN JAIS TALI BARUT UMNO?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan