Rabu, 3 Ogos 2011

LAHIR ANAK SAMAN DOKTOR

KISAH 25 TAHUN DIUNGKIT KEMBALI
HALINA JANE GILLETT (kiri) dan ibunya
NEWCASTLE - Seorang ibu, Halina Jane Gillett menyaman seorang doktor terkenal, Profesor Jeffrey Robinson atas dakwaan melakukan kecuaian kerana dia tidak melakukan pembedahan semasa dia melahirkan anak, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Halina, doktor itu tidak mengikut hasrat ibunya supaya satu pembedahan dilakukan semasa dia melahirkan anak lebih 25 tahun lalu di sebuah hospital di sini pada Oktober 1985.

Mahkamah diberitahu kelmarin bahawa lengan anak keempat Halina, Marilyn Benson-Inglis lumpuh disebabkan oleh kelahiran dengan menggunakan alat forsep.

Saman itu dikemukakan di sebuah mahkamah tinggi di sini. - Agensi


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code