Kerajaan Barisan Nasional didesak untuk memberi pendirian terhadap kedudukan Ku Li dalam UMNO. Desas-desua yang melanda politik tanah air dalam beberapa hari ini adalah berkisar tentang Ahli Parlimen Gua Musang yang terkenal dengan nama Ku Li sahaja telah dipikat PAS untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana membidas pucuk pimpinan Barisan Nasional dengan menubuhkan Amanah sebagai NGO di bawahnya. Ku Li dan beberapa pemimpin veteran Barisan Nasional lain telah dengan lantang menyuarakan pandangan kepada pucuk pimpinan UMNO sekarang yang menimbulkan pelbagai isu yang tidak munasabah dan menindas rakyat terutama pasca Bersih 2.0.
Akibat rasa yang kelihatan berpihak kepada pembangkang, tanpa segan silu beberapa tokoh UMNO yang baru nak belajar radikal bertindak melaga-lagakan Ku Li dengan Anwar Ibrahim yang konon didalangi PAS cuba memujuk Ku Li agar menggantikan Anwar Ibrahim yang bakal dipenjarakan oleh UMNO.
Kewujudan tuduhan-tuduhan liar ini pada mulanya dapat memberi sedikit peluang buat UMNO menghapuskan kudis-kudis buta yang menjadi duri dalam UMNO sendiri. Ku Li yang dianggap oleh sebahagian penyokong UMNO seperti 'keris makan tuan' harus dinyahkan dari UMNO. Konspirasi ini sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit kemarahan Ku Li terhadap kerajaan BN. Dengan berbuat demikian tidaklah lagi Ku Li berani untuk mengkritik kerajaan kerana bimbang dituduh bersengkongkol dengan pembangkang. Cerita ini sebenarnya telah lama wujud semenjak Ku Li keras menyokong PAS Kelantan menuntut royalti minyak terhadap negeri Kelantan daripada kerajaan pusat. Hal ini tidak begitu disenangi beberapa pemimpin tertinggi UMNO, cuma untuk menjual Ku Li sahaja mereka tidak sanggup.
Namun kini, setelah peluang terbuka luas. Sekali lagi tuduhan liar dilemparkan kepada Ku Li yang selalu bekerjasama dengan PAS agar BN menjual terus Ku Li kepada pembangkang. UMNO nekad berbuat demikian? Beranikah UMNO? Untungkah UMNO?
Setelah berfikir dengan penuh serba salah, usaha untuk menjual Ku Li telah terbantut. Ini kerana cita-cita UMNO untuk mengambil alih Kelantan semakin tempang dengan ketiadaan Ku Li selaku orang kuat di Galas dan Gua Musang, tanpa Ku Li tidak mungkin UMNO dapat bertapak walau seinci sekalipun di bumi Gua Musang. UMNO bakal tewas di Gua Musang jika tanpa Ku Li. Semakin pincanglah rentak kemenangan UMNO di Kelantan, semakin jauhhlah cita-cita Awang Adek dari menjadi Menteri Besar Kelantan. Malah semakin jauh pula keuntungan judi akan masuk ke poket Mustafa Mohamad. Monyok lagilah Ibrahim Ali yang tidak tahu akan bertanding atas tiket apa pada PRU-13 nanti. Podium mana yang Brahim Ali akan menyalak belum tentu lagi.
Akhirnya kesedaran ini telah mempengaruhi usaha 'melelong' Ku Li. Kerugian yang lebih besar bakal menunggu andai Ku Li dilelong dengan kadar 5 dirham sahaja. Sedangkan modal 100 dirham. Lantaran itu, usaha memujuk kini giat dijalankan agar Ku Li tidak terguris dengan kata-kata segelintir tokoh 'baru' UMNO.
Usaha memujuk ini telah dijalankan oleh Ketua Pemudanya iaitu Bazlan Baharuddin dengan kata-kata'pong' (jek/pujian) Ku Li. Diharapkan Ku Li akan termakan 'pong-pong' UMNO ini, Bazlan berkata Ku Li seorang pejuang Melayu tulin dan sejati....banyak lagi ayat-ayat 'pong' ini wujud. [klik sini]
Bakal berhentikah Ku Li dari melaungkan ketelusan Barisan Nasional dan keselingkuhannya? Setelah diugut untuk dijual kepada pembangkang? Sama-sama kita saksikan...
0 comments:
Catat Ulasan