Khamis, 4 Ogos 2011

HIBURAN YANG BERLELUASA DI MELAKA AKHIRNYA BAYI DIBUANG TANPA KEPALA

Ketua Menteri Melaka yang melanjutkan masa operasi pusat hiburan di Melaka jelas menunjukkan bahawa Melaka adalah satu pusat maksiat berlesen di Malaysia.

Usaha pemimpin UMNO menghidupkan suasana yang tidak bermoral tapi berlesen ini jelas membawa berbagai kesan buruk terhada masyarakatnya.

Jika pembuangan bayi ini berlaku tetapi pusat hiburan berlesen tiada di negeri tersebut, maka kerajaan tidak boleh dipersalahkan sebaliknya ia hanya kesalahan individu yang melakukan sahaja, tapi sekiranya kerajaan menyokong kemaksiatan yang berleluasa dan berlaku gejala sosial yang serius seperti pembuangan bayi ini, maka sudah tentu kerajaan yang menyokong aktiviti maksiat ini dipertanggungjawabkan dalam soal kebejatan akhlak ini. Ini adalah sifir yang sangat mudah...

Bayi dibuang dalam tong sampah
04/08/2011 5:16pm

MELAKA - Seorang wanita berumur 24 tahun disyaki membuang bayinya yang tidak cukup bulan di dalam tong sampah di rumahnya di Flat Taman Sri Lanang di sini.

Mayat bayi itu didapati tanpa kepala dan berusia lebih kurang enam bulan.

Wanita itu pada mulanya disyaki apabila doktor di Hospital Melaka mendapati dia mengalami pendarahan yang banyak ketika menerima rawatan di situ, yang kemudiannya membuat laporan polis.

"Kami menerima laporan (Selasa lalu) kira-kira jam 9 malam dari doktor tersebut bahawa mangsa mengalami pendarahan yang banyak ketika menerima rawatan dan dipercayai dia telah melahirkan anak,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah kepada pemberita hari ini. - Bernama


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code