Barisan Nasional cuba merampas kembali Pulau Pinang dengan berbagai taktik dan kaedah. Terbaru BN menawarkan jawatan Ketua Menteri tergolong dalam masyarakat Melayu untuk memberi peluang mentadbir Pulau Pinang setelah berdekad dipegang kaum bukan bumiputera. Antara calon BN ialah Datuk Zainal Abidin Osman yang sudah lama mengidam menjadi Ketua Menteri jika BN kembali memerintah negeri itu.
Zainal Abidin cuba melihat reaksi segelintir penyokong dengan menuduh Lim Guan Eng sengaja mereka-reka cerita. Padahal itulah sebenarnya yang tersemat dalam hatinya. BN akan cuba memecah tradisi kuno untuk memberi peluang kepada Melayu mentadbir Pulau Pinang. Setelah dilihat dalam komponen BN tiada lagi calon yang layak melainkan Melayu sahaja.
Zainal Abidin yang jelas dengan sikap segelintir kaum bukan Melayu di Pulau Pinang cuba menimbulkan keraguan berkaitan pembinaan rumah kos rendah yang bakal dibangunkan di Pulau Pinang, Zainal juga cuba menimbulkan politik perkauman di Pulau Pinang.
Selasa, 2 Ogos 2011
BN CUBA AMBIL PULAU PINANG DENGAN MENAWARKAN JAWATAN KETUA MENTERI MELAYU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan