Selasa, 2 Ogos 2011

ANWAR DIPENJARA, KU LI DITENDANG BARISAN NASIONAL

UTUSAN BN SUDAH MENCONGAK ANWAR BAKAL DIHUMBAN KE PENJARA

Tidak syak lagi Utusan Meloya suda mendapat lampu hijau dari kerajaannya supaya menghebahkan berita hukuman penjara ke atas Anwar Ibrahim akan berlaku. Anwar akan didapati bersalah kerana meliwat dubor Saiful Bukhari Azlan. Kisah pemenjaraan Anwar ini sudah lama digembar-gemburkan Utusan namun sejak hari ini berita ini lebih ketara.

Akhirnya BN berjaya menyingkirkan 2 orang musuh kuat kepadanya. Seorang bakal terhumban ke penjara dan seorang lagi bakal ditendang ke hulu negeri. Lantaran sindiran-sindiran pedas oleh pemimpin yang gagal dalam sejarah perebutan jawatan Perdana Menteri dengan Mahathir dulu.

Meskipun tersirat satu usaha murnio untuk memulihkan parti kesayangan beliau dari terus musnah dengan berbagai sifat negatif. Namun sebaliknya usaha itu hanya menimbulkan kebencian sahaja. Amanah yang ditubuhkan jelas tidak mendapat restu Barisan Nasional. Pemimpin dan pengikutnya adalah serpihan buangan Barisan Nasional yang cuba berlagak untuk mencakar wajah ibunya, kata keluarga Salleh dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Khabar angin yang kencang bertiup menyatakan Ku Li dipikat pembangkang hanyalah satu retorik politik sempit BN sahaja. Peranan yang dimainkan oleh keluarga Salleh ini cukup besar dalam skandal pengusiran Ku Li dari UMNO ini. Keluarga Salleh ini telah memfitnah TG Nik Aziz mempelawa Ku Li menerajui barisan Pakatan, lantaran Anwar bakal terhumban ke penjara, jelas menunjukkan keadaan melaga-lagakan Ku Li dengan kepimpinan UMNO.

Cuma buat masa sekarang Mustafa Mohammad dan Awang Adek belum lagi menyuarakan pendiriannya dalam soal menendang Ku Li keluar dari UMNO. Ku Li kini dianggap sebagai kudis buta kepada UMNO yang bakal menjatuhkan golongan muda dalam kepimpinan UMNO. Orang yang sehela (Mahathir)dengan Ku Li awal-awal lagi tidak menyertai Amanah, bukan tidak dijemput tapi awal-awal lagi Ku Li tolak kerana mungkin boleh membawa mala petaka atau mungkin misi Amanah tidak akan tercapai dengan kehadiran Mahathir yang lebih mementingkan diri sendiri. Lagipun Ku Li pernah tewas kepadanya.

Menurut Zahrain, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan menemui Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.

Zahrain berharap Tengku Razaleigh akan memaklumkan reaksinya mengenai pelawaan itu kerana tidak dinafikan ramai yang ingin tahu pendirian beliau.

"Kita tengok Ku Li sekarang mendiamkan diri bermakna memang betul dia telah dipelawa, malah maklumat yang saya dapat itu juga betul, cuma kita tidak tahu pendirian dia, apa pemilihannya setakat ini," ujarnya.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya Tengku Razaleigh mempunyai kebijaksanaan untuk membuat keputusan berhubung pelawaan pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pakatan tersebut.

"Ku Li seorang pemimpin veteran dan beliau amat mengenali pembangkang sejak dahulu lagi. Ku Li masih waras dan beliau tahu untuk membezakan sikap pembangkang dahulu dan kini.

"Beliau tahu pembangkang sekarang terdesak malah beliau juga tahu bahawa pembangkang sudah tidak sepakat lagi. Pakatan pembangkang hanya bermimpi di siang hari untuk mendapatkan Ku Li," ujarnya.



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code