Khamis, 21 Julai 2011

SAMAN JUDI: UMNO, PERKASA, ULAMA MANA? SEMBUNYI?


UMNO dan PERKASA yang selama ini memainkan isu PAS bekerjasama dengan S.Ambiga yang bukan Islam menuntut pilihan raya yang bersih sebagai satu yang mencalar kedaulatan Islam, padahal langsung tiada kaitan dengan agama. Tapi kini mana perginya mereka? Terutama UMNO, barisan pemudanya yang gah menyalak, PERKASA tak payah ceritalah. Hidup, mati atau cacat sekalipun ingin memperjuangkan Melayu..dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu secara automatiknya ditakrifkan sebagai orang Islam. Jadi. Apakah mengikut tafsiran UMNO dan PERKASA mereka hanya membela orang Melayu tetapi tidak Islam?

Pelik bin ajaib, ambil anak tinggal mertua, ini tidak betul dalam adat dan tradisi Melayu.
Ibrahim Ali yang kelihatan semakin sasau lantaran segala yang dilakukan semuanya tidak menjadi, Bersih 2.0 sembunyi kat restoran. Anugerah Melayu Sejati kat UiTM dibatalkan. Pendek kata semua yang dibuat tidak menjadi. Begitu juga dengan UMNO, baru semalam Mahathir kata orang PAS yang bekerjasama dengan bukan Islam salah, jika zamannya dulu PAS sering menuduhnya kafir, marahnya pada PAS meluap-luap, sebab dia juga Islam.

Begitu juga dengan ulama dan mufti yang berselindung di balik layar UMNO, kalau isu menggabungkan UMNO + PAS lantang bertempik, kalau isu demonstrasi berani pula kata 'haram', tapi bila isu melanjutkan masa operasi pusat hiburan senyap sunyi, Tak berani pula berkokok. Jadi inilah fenomena yang berlaku dalam urus tadbir Melayu dan Islam di Malaysia oleh UMNO. Awang Adek yang bercita-cita menjadi Menteri Besar Kelantan, 'laghi peghak takor' (sembunyi) tiada pun bersuara!

Hari ini...hari ini...mari sama-sama kita lihat siapa yang benar pembela Islam, mana semua ini sembunyi, siapa sebenarnya yang benar-benar berjuang atas agama Islam dan Melayu siapa?

Antara nampak dan tidak suara mereka ini semakin tidak kedengaran malah mungkin mereka ini turut bertepuk tangan atau mungkin memberi dorongan untuk kaum kafir harbi tiga ekor ni buat onar...ceritanya begini....

Tiga saman kerajaan Kelantan haramkan judi

KUALA LUMPUR, 20 Julai ─ Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan PAS Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuat kuasa Februari lalu.

Saman pemula itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lepas.

Menurut laporan Bernama Online, ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman.

Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu.

Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.

Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Mereka menuntut ganti rugi am, kos bagi tindakan dan perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.

Lee, yang ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini berkata bahawa mahkamah telah menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan.

Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas 1 di sini, katanya.

KESIMPULANNYA SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN APAKAH YANG BERLAKU SELEPAS INI, BENARKAH UMNO DAN PERKASA MEMBELA ISLAM???


Source: http://www.themalaysianinsider.com

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code