Rabu, 20 Julai 2011

BILA KERAJAAN SEMUA BOLEH, BILA ORANG AWAM SEMUA TAK BOLEH!!!

APA ni kalau krajaan buat semua tak apa termasuk cubaan membunuh tetapi kalau orang awam buat semua tak boleh. Sebab yang sangat tidak munasabah dan double standard, kalau dulu semasa Hindraf Rally seorang yang cuba membaling batu ke arah polis, telah di'charge' dengan cubaan membunuh. Sebaliknya jika polis membelasah orang sampai setengah mati, menembak orang dengan teargass secara 'direct', tidak apa-apa.

Kalau orang awam 'reverse'kereta tak pakai tali 'belt' kena saman. tapi kalau polis merayau ke sana ke mari tak pakai 'belt' tak salah.

Kalau kereta persendirian tapi pegawai polis pakai uniform boleh suka-suka dia saja nak parking dekat mana, tapi kalau orang awam dah lama kena towing, malah kena saman pulak tuh...dah lah tu siap maki hamun lagi...

Kalau polis pakai uniform beli sparepart kereta atau apa-apa barang, tauke kedai kalau (selalunya cina) bagi murah-tapi kalau orang awam mahal nak mampus.

Di mana letaknya keadilan? Polis yang rakus dan bertindak ganas kepada orang awam sesungguhnya sangat 'barbarian' dan tidak bertamadun langsung.





0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code