Selasa, 12 Julai 2011

LAGI TAHANAN MATI DALAM LOKAP

Polis siasat terperinci kes tahanan maut

KUALA TERENGGANU: Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan dan aduan keluarga Allahyarham Mohd Azizul Muda, 24, dari Kampung Tuan Mandak, Batu Enam di sini, yang mendakwa mangsa meninggal dunia akibat kelewatan polis membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas tidak sedarkan diri ketika ditahan di lokap Balai Polis Gong Badak, malam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan mendalam dan mengambil serius kes terbabit kerana membabitkan kematian.
“Setakat ini, saya tidak dapat beri komen tetapi siasatan mendalam dilakukan terhadap laporan polis dan aduan media yang dibuat keluarga terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code