TAKRIFAN demokrasi menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah pemerintahan berdasarkan perwakilan yang dipilih rakyat, manakala demonstrasi pula merujuk kepada protes dan bantahan secara beramai-ramai dan lebih kepada reformasi. Maksud legasi pula ialah warisan dan konsep turun-temurun dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.
Justru sudah menjadi dasar dalam menterjemahkan konsep demokrasi, demonstrasi adalah sebahagian dari demokrasi melainkan konsep kuku besi yang bercirikan komunisme sahaja yang mengamalkan legasi. Jika diperhatikan beberapa hari yang lalu iaitu 9hb Julai 2011, sekali lagi sejarah tercipta dalam senario politik Malaysia yang konon bercirikan demokrasi ini telah mengharamkan demonstrasi, meski ianya ingin dilaksanakan di suatu tempat seperti stadium dengan aman dan bertanggungjawab untuk menyatakan kehendak-kehendak rakyat yang tertindas dengan sistem kotor yang diguna pakai oleh regim yang sedia ada untuk mengekalkan tampuk pemerintahannya.
Memang benar jika dilihat dari sudut yang agak tipikal demonstrasi yang berlangsung bukanlah mewakili semua penduduk di Malaysia, namun regim yang memerintah harus melihatnya sebagai satu kegagalan dalam sistem pentadbirannya. Ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya berlaku dalam negara ini. Kegagalan menyediakan podium dan kemahiran mendengar kerajaan terhadap luahan dan permintaan rakyat yang memprotes menyebabkan timbulnya rasa kebencian dan pengaruh yang tidak sihat dalam masyarakat Malaysia.
Selain itu, pendekatan yang diambil kerajaan dalam situasi ini jelas menunjukkan bahawa hasrat dan kehendak sebahagian besar rakyat negara ini tidak dipedulikan, diabaikan dan langsung memandang sepi hakikat ini, seolah pada pandangan kerajaan ianya hanyalah sesuatu yang kecil dan tidak bermakna. Malah kerajaan cuba menutup segala usaha ini dengan bentuk hukuman dan perundangan yang bakal dikenakan kepada penganjur dan peserta demo ini, adakah ini sesuatu yang benar dan telus? Berbaloikah kerajaan berbuat demikian?
Kebangkitan rakyat Malaysia hari ini bukanlah terpengaruh dengan sebarang bentuk politik dan demokrasi yang berlaku di luar negara. Bukan dan jauh bezanya sama sekali. Demo ini tidak mungkin akan berlaku andai regim yang memerintah memberi sedikit kelonggaran buat rakyat menterjemahkan sendiri apa yang patut dikatakan, mengambil pengajaran dan iktibar dengan apa yang berlaku di sekitarnya.
Rakyat yang memberontak dengan kekejaman dan senjata amat wajar dikenakan tindakan, tetapi itu juga perlu dan harus dilihat dengan persepsi yang betul dan kajian yang lebih politikus mengapa fenomena itu berlaku?
Najib selaku Kepala Negara harus bermuhasabah diri dan merenung dengan sedalam-dalamnya peristiwa ini. Apakah ini satu detik ataupun satu titik permulaan ke arah kejatuhan legasinya dalam mentadbir negara ini?
Sikap kluk klek atau flip flopnya tentang sesuatu isu berkaitan penentangan rakyat dan kebangkitan rakyat ini bukan menggambarkan kebijakan dalam pentadbirannya. Malah pendekatan menggunakan anggota keselamatan sebagai jalan terbaik untuk merumuskan perkara ini juga amat jauh dari menunjukkan sikap toleransi, transparen dan demokrasi yang sebenar.
Alasan-alasan yang tidak wajar dan mengganggu secara langsung proses demokrasi ini jelas menunjukkan kekurangan dan mempunyai sesuatu agenda lain yang tersembunyi.
Apakah benar Najib tidak menyokong tuntutan Bersih ini semata-mata kerana jelas terdapat unsur penipuan yang disedari oleh Najib sendiri?
Apakah Najib selaku 'bos' menerima tekanan dari regimnya untuk menggunakan kaedah lama dan mengambil pendekatan mudah bagi menyelesaikan masalah ini, atau Najib berpendapat dengan berbuat demikian maka rakyat akan dapat menerimanya? Lantas Najib dapat berkuasa semula. Atau adakah ini yang sepatutnya Najib lakukan demi legasinya?
Najib kena sedar geografi politik Malaysia dan kesantunan orang Melayu yang membuat kecoh bukanlah sesuatu yang lazim dilakukan. Sepanjang pentadbiran Umno sejak lebih 50 tahun lalu ini adalah baru kali kedua, mengapa perkara itu baru kebelakangan berlaku? Mengapa tidak dulu? Di mana silapnya, apakah kerana tongkat orang Melayu yang Mahathir rosakkan dulu menjadi punca sismiknya? Atau apakah kelemahan ekonomi dan kadar inflasinya yang menjadi faktor?
Jika jawapan kepada persoalan tersebut ialah BUKAN!!! Jadi di mana silapnya? Pernahkah keadaan ini menjadi tela'ah dan kajian saintifik regim Najib? Pernahkah najib terfikir bahawa sebarang pembaharuan pada parti yang sudah tua akan lebih mendatangkan kejelikan dari kecantikan, analoginya mudah iaitu penambahbaikan yang dibuat kepada sebuah kereta lama, walau sparepartnya ditukar ganti-kesemuanya, warnanya juga ditukar. Namun kereta itu tetap kereta lama. Tidak mungkin akan menjadi baru meskipun beberapa kali melalui proses penjenamaan semula, dan ini adalah fakta.
Begitu juga dengan isteri, jika dulu Najib memilih Rosmah kerana pada pandangannya 'she is perfect and beauty', tapi itu dulu...sekarang tak tahulah...nilailah sendiri...Nenek kita dulu pun cantik tapi sekarang sudah tua...bila tua saja maka tiadalah kecantikannya. Bukan macam hitam, kerana semakin hitam bertambah manisnya.
Soal mempertahankan legasi melebihi tahap kemaslahatan rakyat juga harus dilihat secara yang lebih objektif dan bertamadun, bukan mengambil pendekatan melarikan diri ke luar negara seperti sekarang, Najib yang akan ke UK bersama sepupunya dilihat sebagai satu langkah bercuti kerana melepasi satu tahap kritikal dalam sejarah pentadbirannya. Adakah ini yang harus dilakukan Najib?
Kesimpulannya antara demokrasi, demonstrasi dan legasi ini harus di nilai dari dimensi yang lebih spesifik tanpa mengira parti mana, bangsa apa dan agama apa!!! Apa yang penting ialah kesejahteraan sejagat warga Malaysia dalam menegakkan unsur yang tidak betul terutama dalam sistem pilihan raya negara.
0 comments:
Catat Ulasan