Khamis, 21 Julai 2011

KES KHALWAT ROSLIN HASHIM DAN RAJA AZMI DITANGGUH LAGI

REAKSI Raja Azmi (kanan) dan Muhammad Roslin ketika berjalan keluar dari pejabat Jawi di Kuala Lumpur semalam.
‘Seperti ada yang tidak kena’

KUALA LUMPUR – Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dan pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim kecewa lagi apabila keputusan kes khalwat mereka yang sepatutnya didengar semalam ditangguh lagi.

mereka yang hadir ke Pejabat Bahagian Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini untuk mengetahui perkembangan kes itu semalam begitu kecewa apabila dimaklumkan ia ditangguhkan buat kali keempat.

Raja Azmi, 51, mendakwa, pihak Jawi sebaliknya memaklumkan kes itu ditunda pada 22 Ogos depan selepas pegawai wanita yang mengendalikan kes itu menghadiri satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Pembantu pegawai kata dia mahu siasat lagi untuk elak orang yang teraniaya menjadi mangsa,” dakwa Raja Azmi sambil menahan sebak.

Raja Azmi yang ditemani suaminya, bekas pemain badminton negara, Jalani Sidek, 48, dan Muhammad Roslin hadir ke pejabat Jawi pada pukul 9 pagi. Jalani menjadi saksi dalam kes berkenaan.


Source: KOSMO

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code