Mengapa begitu takut sekali Umno ingin melepaskan mereka? Apakah Umno tidak belajar sejarah yang benar selama ini yang telah ditulis oleh prof. Khoo...kwampp kwamppp kwampp!! Kalau macam ini tindakan Umno, maka ramailah yang mendoakan kemampusannya tidak lama lagi...
Oleh Syed Mu’az Syed Putra July 18, 2011
KUALA LUMPUR, 18 Julai – Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) hari ini memberi kata dua kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar mendakwa Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat sekiranya mempunyai bukti.
Sebaliknya tegas Pengerusi Proham Tan Sri Simon Sipaun, kesemua mereka harus dibebaskan dengan segera jika Putrajaya tidak mempunyai sebarang bukti mengaitkan mereka dengan fahaman subversif.
Beliau juga meminta agar Putrajaya tidak berselindung di sebalik undang-undang itu, yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari.
Kesemua enam individu itu telah ditahan di bawah Ordinan Darurat sejak tiga minggu lalu.
“Apa tujuan mereka ditahan? Adakah polis mempunyai bukti? Kalau tiada bukti macam mana? Dan, tiada sebab untuk menahan mereka.
“Kalau benar ada bukti dakwa mereka di mahkamah, kalau tiada bukti bebaskan mereka... mengapa kita masih memerlukan undang-undang sebegini? Kenapa ia hanya menahan pembangkang,” kata Simon pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di sini.
Selain itu tegas Sipaun, polis juga seharusnya menjelaskan kepada semua pihak terutamanya rakyat mengapa keenam-enam individu itu ditahan di bawah Ordinan Darurat.
“Jelaskan kepada rakyat mengapa mereka ini ditahan, kita bukan negara darurat... mengapa undang-undang ini harus digunakan?” katanya.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Proham Prof Datuk Hamdan Adnan berkata rakyat akan melihat perkembangan terbaru dalam isu itu.
“Rakyat lihat apa yang berlaku, mereka nak tahu apa yang berlaku... Ordinan Darurat ini digunakan untuk menahan pengganas.
“Kami bukan nak mempertahakan sesiapa tapi mahukan keadilan,” katanya.
Namun ahli jawatankuasa Proham Datuk KC Vohrah berkata, membuktikan Ordinan Darurat merupakan undang-undang yang tidak telus.
“Kalau betul mereka ini bersalah, dakwa di mahkamah... tapi mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas mereka? Kalau tiada bukti bebaskan mereka.
“Bila jadi macam ini banyak persoalan yang timbul, rakyat nak tahu perkara sebenar... apa yang berlaku, kita sudah berada di abad 21 dan undang-undang seperti ini tidak sepatutnya ada,” kata bekas hakim ini.
Sebelum ini banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat mendesak Putrajaya membebaskan kesemua tahanan itu, namun sehingga kini masih tiada tindakan yang dibuat.
Semalam lebih 170 pakar perubatan yang mewakili pertubuhan perubatan Perak mendesak Putrajaya membebaskan Jeyakumar dan lima yang lain.
0 comments:
Catat Ulasan