Pope Benedict XVI menerima cenderamata daripada Najib Razak ketika kunjungan beliau di Castelgandolfo, Rom hari ini. – Foto Reuters |
Najib memohon kepada Pope agar mendoakan kejayaannya dalam pilihan raya ke-13 nanti...krahh krahh krahhh inilah kerja Umno...terbang ke sana ke mari dengan wang rakyat membawa hadiah dan cenderamata kepada orang yang dirasakan dapat membantu dan melindunginya dari musuh politik.
Tindakan ini adalah kesinambungan dari lawatan Mahathir dulu yang terdesak tapi bila berjumpa dengan Pope segala masalah selesai, mungkin doa Pope itu makbul kutt...!!!
Atas nasihat Mahathir maka Najib mengambil keputusan untuk melawat Pope sebagai satu strategi politiknya. Najib juga meminta agar Pope mendoakan kemenangannya nanti selain untuk menjaga imejnya yang telah rosak dan kotor. Menurut perisik antarabangsa, matlamat utama lawatan ini sebagai satu persediaan menghadapi pilihan raya ke-13 terutama menjaga dan mengikat pengundi-pengundi Kristian di Malaysia terutama di Sarawak dan Sabah.
Pengundi-pengundi Kristian Malaysia kini telah ramai berpaling tadah menyokong Bersih 2.0 yang diterajui oleh Ambiga, lagipun sikap Utusan Melayu yang dilihat cuba melaga-lagakan antara Islam dan Kristian sehingga Perkasa mengisytiharkan Jihad ke atas penganut Kristian juga telah menyebabkan pentadbiran Najib dipandang sepi oleh penganut Kristian di Malaysia.
Justru, usaha Najib bagi memulihkan segalanya ialah dengan membuat lawatan berjumpa 'Bapa' segala Paderi ini agar nanti Kristian di Malaysia akan lebih berkembang dan mempercayai kepimpinan Najib dan sekali gus membuktikan kepada Vatican kebebasan beragama di Malaysia masih lagi berfungsi dengan baik sejak merdeka sehingga kini.
Kini Najib menjadikan Pope sebagai tempat untuk mengadu segala permasalahan politiknya kepada dunia. Pope yang sangat berpengaruh ini dapat menyalurkan pandangan dan buah fikiran buat Najib bagi menyelesaikan isu-isu dalaman negara.
seterusnya.....
ROM, 18 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengunjungi Pope Benedict XVI di sini hari ini, dengan kedua-dua Malaysia dan Vatican telah bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik secara formal bagi memperkukuhkan kerjasama, demikian menurut Wisma Putra.
Pertemuan berlangsung di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rom.
Sehubungan itu kata Najib, Malaysia telah bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik memandangkan ia berminat untuk berkongsi pengalamannya dan menggalakkan keamanan dan keharmonian dunia.
“Dunia berada di persimpangan,” kata beliau sambil menambah sikap-sikap tidak waras dan perbezaan pendapat mengancam kemakmuran dan kestabilan yang telah lama dibina dengan kerja keras.
Ini merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope selepas pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.
Pope adalah pemerintah Vatican City State dan the Holy See.
Holy See merupakan kerajaan yang mentadbir gereja Katolik di seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State, yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.
Najib, yang membawa bersamanya rombongan terdiri pemimpin pelbagai agama, kemudian mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.
Laporan Bernama Online menyebut rombongan Perdana Menteri termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.
2 comments:
arrayah.info - Apa Perlunya Mohd Najib Bertemu Pope (Ketua Agama Kristian)?
bagi pandangan saya, sesiapa saja pemimpin negara tidak kira apa agamanya bukanlah menjadi kesalahan atau sebagai jenayah besar bagi seorang ketua negara bertemu pope, apabila anda mau bertemu pope,berbincang hal kedamaian dunia harus jujur dan benar. sebab dunia pun mengakui bahawa pope itu jujur,tiada berbohong. perinsip pope "jika hitam,katakan hitam,jika puteh katakan puteh" maknanya jika benar katakan benar, jika salah katakan salah. Mungkinkah najib bertemu pope untuk meyakinkan pope bahawa najib memimpin negaranya dengan jujur dan adil kepada rakyat.? tidak racism,tidak tindas rakyat. jika sebaliknya najib berbohong, maka tanggung sendirilah akibatnya, iaitu malulah di hadapan insan telus,jujur. malu dimata dunia,malu pada rakyat,malu dalam agamanya sendiri. dan paling sakit Tuhan permalukannya di Akhirat kelak, menurut agama keyakinan najib sendiri. bertemu pope jangan risau. pope tidak mengkristiankan orang.
Catat Ulasan