Akhir-akhir ini heboh diperkatakan dengan biometric yang didakwa oleh SPR adalah satu kaedah bagi mengekang penyalahgunaan daftar pengundi yang bertindih dan mengelakkan klon. Jelas dalam banyak perbincanngan yang lepas, dan secara praktikalnya sistem biometric ini adalah satu formaliti sahaja sedangkan pelaksanaannya jelas meragukan. Apatah lagi dengan sistem komunikasi (internet)yang ada sekarang di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara maju lain.
Oleh hal yang demikian maka ternyata SPR yang beriya-iya dengan kaedah Biometric ini tidak lebih dari satu bentuk penipuan teknologi yang terancang. Sedangkan individu yang sama masih boleh mengundi beberapa kali dalam satu masa. Antara bukti jelas yang menunjukkan kegagalan sistem ini ialah tempat dan lokasi. Misalnya kaedah biometrik yang diguna pakai dalam sistem perbankan sekarang. Di mana orang yang sama masih boleh mengeluarkan wang di beberapa tempat yang berbeza asal saja orang yang sama berbuat demikian.
Jelasnya biometric yang dicadangkan ini hanyalah semata-mata untuk pengesahan kehadiran pengundi sahaja, manakala perbuatan mengundi masih boleh dijalankan. Jadi, pengundian yang berulang kali ini tetap wujud.
Sistem ini hanya mengakses data pengundi sahaja. Jika pengundi itu telah termasuk dalam daftar pengundi maka orang yang sama masih boleh mengundi, meskipun lebih dari sekali. Pokok pangkalnya ialah senarai undi yang kotor ini patut disemak terlebih dahulu oleh SPR.
Kekangan dan halangan perundangan dalam proses 'menyaring'daftar pemilih ini di bawah bidang kuasa SPR yang khusus dilantik bagi tujuan ini, andainya melibatkan pembentangan di parlimen sekalipun SPR masih mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Jadi mengapa usaha ini dihalang? Mengapa SPR mendakwa bahawa kuasanya hanya terhad sahaja. Jika begitu siapa lagi yang lebih berkuasa selain SPR? Apakah SPR mempunyai lembaga yang bertopengkan kerajaan untuk menghalang usaha ini. Sedangkan maksud kerajaan dalam konteks kerajaan demokrasi ialah rakyat, bukan PM, bukan UMNO yang SPR patut takut. tapi rakyat. Rakyat yang berkehendakkan demikian.
Apakah selama ini benar sebagaimana yang didakwa. BN menang kerana pengundi hantu? Jika ini berlaku maka selama ini kemenangan BN itu atas dasar penipuanlah?
Rupa-rupanya selama 54 tahun ini UMNO memerintah dengan penipuan. Penipuan sejak dalam tembuni lagi. Konspirasi seperti ini dalam era globalisasi sekarang tidak patut wujud lagi. Semua rakyat terdedah dengan pelbagai sumber maklumat yang benar dan tidak dapat tidak kerajaan yang ada sekarang sepatutnya mengerti dan mengikuti perkembangan ini selaras dengan kemajuan teknologi sekarang ini.
Benarlah sekiranya parti pembangkang seperti PKR, PAS, DAP tidak mahu dan menolak sistem Biometric ini sangat tepat dan betul. Sistem yang banyak kelemahan dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk melaksanakannya juga menjadi satu faktor penolakan penggunaan Biometric ini.
Soalnya sekarang mengapa penggunaan 'dakwat kekal' yang jauh lebih murah dan amat jelas bahawa seorang pengundi hanya layak mengundi sekali sahaja di tolak oleh kerajaan. Sedangkan soal perundangan yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua kaedah ini sama sahaja. Apakah rahsianya penolakan ini oleh kerajaan?
Apakah berlaku satu bentuk penipuan awam yang serius?
0 comments:
Catat Ulasan