Selasa, 19 Julai 2011

50 TAHUN UMNO MEMERINTAH - APA PEMIMPINNYA DAPAT??

Setelah sekian lama menjajah negara Malaysia mengobroksi segala sumber yang ada, menjual segalanya kepada negara luar dan membiarkan apa yang sepatutnya menjadi milik kita tapi dilepaskan begitu saja. Seperti Pulau Putih Mata (Batu Putih) dan terbaru perebutan Spratly dan besar kemungkinan akan di'seperate'kan dari perebutan ini.


Isu Tanjung Pagar yang sudahpun secara biologikalnya telah dilego ke Singapura dengan menukarkan pembangunan ke Iskandar Malaysia, maka tinggallah sejarah dan segalanya yang menjadi satu-satunya harta arwah peninggalan kerabat Melayu terakhir di Singapura, dari sudut ekonomi projek mega ini secara langsung dapat memberi pulangan dan pelaburan yang agak lumayan kepada negeri Johor. Ini sudah tentu dapat memberikan peluang pekerjaan juga sama ada kepada rakyat tempatan mahupun yang bermaustautin di situ.



Secara harfiahnya Iskandar Malaysia berjaya direalisasikan, namun hakikatnya dalam sebuah negara ianya dilihat sebagai satu projek yang dibuat atas dasar kehilangan satu wilayah kedaulatan Malaysia di Singapura. Siapakah yang berani berbuat demikian yang sanggup menjual tanah air sendiri kepada Singapura? Siapa?


Namun bagi orang kebanyakan yang tidak mengetahui dan tidak mengambil peduli kisah-kisah sebegini tidak sedikitpun mengambil kisah, asal saja kamu tidak kacau aku maka selagi itu aku tidak peduli lantakla kau orang nak buat apa ponnn....!!!

Umno dan BN gagal untuk mempertahankan segalanya harta milik rakyat dengan sekali lagi memomokkannya dengan pelbagai alasan yang tak masuk akal dan kecundang. Inilah antara keserakahan dalam pentadbiran yang tidak dilihat dengan mata yang dekat muka tapi sebaliknya melihat dengan mata yang kat lutut.

Dalam diskusi kali ini yang bertajuk setelah 50 tahun Umno mentadbir negara, apa yang pemimpin Umno ni dapat? Saksikan klip video ini dulu.


Antara kebocoran-kebocoran sistem ekonomi di Malaysia setelah hasil buminya ditarah dan digondolkan para pemimpin Umno telah lama bergelumang dengan kemewahan hidup yang tidak sepadan dengan pendapatan bulanan mereka dengan menggunakan kuasa untuk mendapat segalanya seperti cincin yang dan gelang saja sudah mencecah jutaan ringgit, tidak termasuk lagi pakaian, penginapan, pengangkutan, bodyguard, elaun dan sebagainya. Rakyat jelata dapat susah bila mereka ni lalu di jalan raya, tol tak kena bayar, jalan melebihi 110 kmj tak kena saman ekor pun, rakyat dapat apa?

Sebenarnya mereka ni dah terlalu banyak yang dapat berbanding orang biasa....ko pikirlah sendiri...


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code