Khamis, 23 Jun 2011

INDAHNYA POLIGAMI

Kelantan, atau lebih dikenali dengan negeri Cik Siti Wan Kembang, memang terkenal dengan keanggunan dan kelembutan wanita-wanita serta kegigihan mereka bekerja. Namun Kelantan juga merupakan sebuah negeri yang sinonim dengan poligami yang dihalalkan dalam Islam. Mungkin kebanyakan wanita yang tidak memahami dan takut memadu kasih serta tidak menjiwai poligami amat sukar untuk menerimanya. Padahal wanita kini kena akur nisbah lelaki berbanding wanita ialah 1:30, yang bermakna ramainya wanita berbanding lelaki.

Namun bagi yang sudah bermadu kasih, dalam melayari behtera rumah tangga berkongsi suka-duka madu amat menarik untuk diterjemahkan. Jika nak tahu cubalah sendiri!!!


Lantaran ini, negeri Kelantan satu-satunya negeri yang mula mempraktikkan modul insentif poligami ini sebagai suatu tanggungjawab kerajaan untuk rakyatnya, mungkin satu-satunya negeri di dunia yang mengamalkan program ini. Inilah indahnya pemerintahan berlandaskan Islam. Bukan asyik menghabiskan perbelanjaan wang rakyat untuk membina bangunan-bangunan tinggi yang akhirnya tidak langsung memberi manfaat dan faedah kepada rakyat.

Nik Aziz baru-baru ini telah mengumumkan insentif kepada pempoligami-pempoligami yang tidak menyembunyikan perkahwinan mereka dengan tujuan untuk memudahkan urusan yang berkait hubungan rumah tangga, menurut laporan The Malaysianinsider...seperti berikut...

Kita bukan nak galak lelaki poligami, kata Nik Aziz 

KOTA BARU, 23 Jun – Langkah kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan secara poligami tidak bermaksud kerajaan negeri menggalakkan mereka supaya berpoligami, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz berkata pendekatan itu lebih kepada usaha mencari kedamaian pasangan yang mempunyai niat untuk berkahwin lebih daripada satu supaya tidak menimbulkan masalah kepada keluarga apabila mereka merahsiakan sesuatu perkahwinan. “Kita tidak galakkan lelaki berpoligami, tetapi ia bertujuan mencari kaedah bagaimana perkahwinan poligami itu dapat dilaksanakan secara tersusun dan tidak menimbulkan masalah kepada pasangan terbabit, kerana ia adalah sesuatu yang sensitif baik bagi lelaki atau wanita,” katanya dipetik Bernaam Online. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri dua hari lepas bahawa kerajaan negeri bercadang memberi insentif kepada lelaki yang mendedahkan niat mereka untuk berkahwin secara poligami bagi menjamin kerukunan rumah tangga yang bakal dibina. Nik Aziz bagaimanapun berkata kerajaan negeri belum dapat menerangkan apakah bentuk insentif yang bakal diberikan itu. Katanya, cadangan kerajaan negeri ini bukan sahaja tidak dihalang oleh agama, malah kaedah itu boleh membantu anak dara tua atau janda berkahwin dan mendapat pembelaan suami.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code