Ahad, 24 April 2011

SEGALANYA WANG TETAPI WANG BUKAN SEGALANYA ...



Apakah itu WANG??
Wang menurut takrifan Kamus Dewan ialah suatu alat pertukaran yang mempunyai nilai atau harga tertentu dan diakui sah. Inilah makna istilah wang. Namun, pada hakikatnya pengertian wang amat luas, merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia: bermula sebelum kelahiran, selepas kelahiran sehingga mati dan selepas kematian sekalipun, wang masih diperlukan.

Itulah wang dalam konteks kehidupan manusia sangat penting. Beratus jenis matawang dalam pelbagai jenama yang diukur dengan pelbagai unit pula, terkenal di serata dunia melampaui batas bahasa, budaya, agama, warna kulit, taraf hidup dan sebagainya. Pokoknya WANG memang terkenal.

Manusia mengenali apa itu wang? Manusia tetap memerlukan wang dalam mengekonomikan perjalanan untuk tujuan kehidupan dan kematian. Contohnya dalam agama Taos wang masih diperlukan untuk menjalani kehidupan selepas mati sehinggakan si hidup akan melakukan upacara pembakaran wang untuk dikirim kepada si mati.

Begitulah juga dalam Islam sendiri, betapa banyak pula wang yang diperlukan selepas kematian. Misalnya si hidup akan membuat majlis tahlil selama tujuh hari, kemudian 40 hari dan 100 hari, andai si waris pula mempunyai wang yang lebih atau si mati meninggalkan wang yang lebih maka selagi si hidup ini teringat akan si mati maka selagi itulah kenduri arwah ini akan berlangsung. Dan segalanya ini memerlukan wang.
Segalanya tentang mencari WANG!

Atau sekiranya si mati itu tadi masih belum menunaikan haji semasa hidupnya, maka usaha 'mengupah' haji boleh dilaksanakan oleh orang lain. Jelas di sini, kepentingan wang sekali lagi menjangkaui kehidupan selepas mati. Wang...wang....dan....wang...

Andai selepas kematian begitu banyak wang yang diperlukan, apatah lagi semasa sihat. Semua manusia sejagat kebanyakannya mengejar wang, bermula dengan pengemis yang hina sehingga kepada cendikiawan berkaliber, para jutawan, pemimpin politik berpengaruh, imam-imam dengan mengharapkan gajinya. Hatta ulama-ulama sekalipun, semuanya berkhidmat demi wang. Kalau tidak masakan mereka ini semua hidup dengan penuh kemewahan sehingga 100 kali ganda kemewahan berbanding orang biasa.


Para peniaga sibuk mengejar keuntungan, para kontraktor sibuk dengan sebut harga dan BQ kontraknya, doktor pula mengubati pesakitnya demi wang. Polis, Kastam, JPJ, Imigresen dan sebagainya dengan periuk nasi dan rasuahnya, guru dengan habuannya manakala pelajar pula sibuk mencari ilmu demi mengejar wang di masa depan. Orang gila, orang waras, orang cacat, orang sempurna. Semuanya berpaksikan WANG. Dari hujung rambut sampai hujung kuku semunya memerlukan WANG. Cerita dan kisah yang panjang antara hidup dan mati manusia hanyalah berkisar tentang wang.

Manusia sanggup berpecah-belah kerana wang, suami isteri bercerai-berai, anak terpisah dengan ibunya, penderhakaan anak terhadap ibunya, perpecahan adik beradik, pemimpin berbunuhan, perempuan sanggup menggadaikan maruah diri dan berbagai kisah kekejaman, suka duka manusia, tak lebih dari sekadar berkaitan dengan wang. Hebat sungguh WANG itu.

Selain itu, thriller  kemasyhuran wang bukan sahaja terhenti dalam kalangan manusia sahaja. Bahkan makhluk alam ghaib juga kenal akan apa yang dipanggil wang ini. Kisah 'menarik duit'; melibatkan makhluk halus, kisah toyol mencuri duit, kisah jin dan harta karun serta sebagainya. Pendek kata, semuanya kenal dan tahu akan WANG.

"Ada wang semua boleh jadi. Ada wang adik sayang, tak ada wang abang melayang".

TAPI MENGAPA WANG?
KERANA WANG BOLEH MENJADIKAN MANUSIA MAMPU MEMILIKI APA SAHAJA YANG DIKEHENDAKINYA...

MESKI KEMAHUAN MANUSIA TIDAK TERBATAS TETAPI KEMAMPUAN MEMBATASI KEHENDAK MEREKA....

BENARKAH KERANA WANG...LANTARAN MANUSIA GAGAL MEMILIKI SEGALANYA.

Inilah persoalan yang manusia sudah tahu dalam setiap fitrah dan hati kecil sanubari mereka. Manusia sudah tahu akan kepentingan WANG, tahu akan akibat sama ada memiliki wang atau sama sekali tidak memiliki wang.

MANUSIA TAHU ITU JIKA TIDAK?

Renunglah sejenak, kita lahir dengan penuh kemiskinan, tiada berpakaian seurat benang pun; meski kita dari keluarga dan keturunan kaya; kita lahir dengan penuh kesedihan (tangisan): TIADA APA-APA. TIADA MALU, TIADA SEGAN.


Dan begitu juga dengan pengakhirannya; sekujur tubuh yang cantik ini, yang selama ini kita belai bagai menatang minyak yang penuh. menutup kemaluan dari pandangan umum, segala kemewahan dunia kita palitkan kepada tubuh ini; namun AKHIRNYA KITA TEWAS: Kita akan serahkan juga kepada orang yang masih hidup tanpa seurat benang pun jua;


BILA TIBA MASANYA; jasad yag hebat ini akan dipegang dan digosok oleh orang yang mungkin sama sekali tidak pernah kita kenali. Jika selama ini perbuatan sebegitu tidak mungkin kita relakan. Tapi apakan daya; sekujur jasad yang KAKU itu tidak mungkin bisa melakukan apa-apa lagi. KITA PASRAH.


Kita SEDAR KINI: Bahawa segala-galanya hanyalah pinjaman buat kita:

Kita kembali juga akhirnya dengan tiada apa-apa, melainkan sedikit kain putih, meski kita seorang yang hebat lagi kaya:

WANG....WANG....WANG....

WANG KINI TIADA ERTINYA!

Wang itu sudah tidak bernilai lagi...

Maka timbullah persoalan: BUKAN SEGALANYA WANG ATAU WANG BUKAN SEGALANYA

Walau wang itu dapat ditamsilkan.

"manusia dan wang itu ibarat perenang dan lautan luas, semakin banyak direnangi semakin banyak pula yang lemas di dalamnya"

NYAWA manusia tidak dapat dibeli dengan wang yang banyak!

WANG tidak mampu membeli KEIKHLASAN!

WANG tidak mampu membeli KEPERCAYAAN!

WANG tidak mampu membeli KEBAHAGIAAN!

WANG tidak mampu membeli KEIMANAN!

WANG tidak mampu membeli KEJUJURAN!

Hidup yang singkat ini tidak perlu bergantung kepada wang!

TETAPI SEBALIKNYA:

WANG MAMPU MENJUAL MANUSIA!

WANG MAMPU MENJUAL SYAITAN!

WANG MAMPU MENJUAL KETAMAKAN!

WANG MAMPU MENJUAL KEHANCURAN!



PENDEKNYA WANG MAMPU MENJUAL APA YANG DIFIKIRKAN MANUSIA YANG TIDAK BERFIKIR!

ITULAH WANG!!!




0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code