Selasa, 26 April 2011

PERKASA TAK USAH MENYALAK!!!

PERKASA disarankan agar tak usah berlakon dan ingin berlagak sebagai pejuang bangsa Melayu yang membela nasib orang Melayu. Kerana perbuatan itu akan lebih mencerminkan kebodohan orang Melayu malah akan nampak lebih 'GONG' berbanding bangsa lain di Malaysia.


Apakah tujuan. Apakah matlamat. Apakah motif. Apakah sebenarnya yang berlaku? Orang Melayu sebenarnya tidak tahu akan agenda PERKASA ni...tup tup tup...keluar dari mulut untuk membela Melayu. Apa ni...tak masuk akal langsung. Lagipun apa yang kurangnya orang Melayu berbanding bangsa lain di Malaysia ini. Sama sahaja. Malah kelebihan Melayu yang ada sekarang ini pun sudah banyak. Sehingga dari ada subsidi hingga tiada subsidi. Salah siapa sebenarnya? Salah orang India dan Cina ke?


Mengapa dulu Malaysia mampu mengadakan subsidi? Mengapa sekarang pula tidak mampu. Malah memberikan banyak alasan untuk menghapuskan terus sistem subsidi. Di mana silapnya? Sedangkan jika kita bandingkan antara dulu dengan sekarang: nilai mata wang Malaysia berbanding dolar Singapura lebih kurang sama sahaja, sedangkan dulu ramai orang Melayu yang bodoh-bodoh berbanding sekarang.


Tapi kini bila ramai Melayu bijak-bijak apa yang berlaku? Ya, semua orang tahu, nilai mata wang Singapura jauh lebih tinggi berbanding Malaysia. Sedangkan Singapura dulunya berasal dari Melayu juga. Mengapa begitu? Apakah orang Cina lebih hebat ilmu pemerintahannya berbanding Parameswara yang orang Melayu kagumi? 


Jika dulu siaran Tayangan Gambar di telivisyen terus sahaja tanpa ada 'break'. Tapi tengok sekarang sekejap iklan...sekejap iklan...itu yang kerajaan punya...yang berbayar pun siaran tv penuh dengan iklan. Apa ni? Rupanya orang Melayu ni, semakin ramai yang pandai, semakin jahanam negara ini dibuatnya.


Jika nak tahu sejarah, tengoklah....

Siapa yang membenarkan orang Cina, orang India dan selain Melayu menjadi sebahagian warganegara Malaysia. Siapa?

Apakah kerana Melayu ingin merdeka, merdeka, merdeka!

MERDEKA tanpa pertumpahan darah (Kalau Laksamana Hang Tuah dengar pun kisah Tanah melayu merdeka tanpa perang- mungkin gelak sampai terbahak-bahak).



Bukan niat memperkecilkan kemerdekaan Tanah Melayu. Tapi ini sejarah yang sememangnya satu fakta dan sering kali hanya dilihat dalam satu dimensi yang lebih positif.

Sebaliknya kemerdekaan Malaysia yang kita kecapi sekarang, harus dilihat dalam multi-dimention.

PERKASA harus sedar bahawa maujud dan hadirnnya kemerdekaan di sini, di bumi ini, bumi yang akhirnya di panggil Malaysia ini ialah dengan satu perjanjian yang hakiki bahawa orang asing yang tinggal di sini dengan beberapa syarat kecil lain harus dan boleh dijadikan warga negara.

Inilah harga yang harus dibayar oleh Malaysia untuk mencapai kemerdekaan...

Sistem pertukaran antara KEMERDEKAAN DAN WARGANEGARA ini sebenarnya sangat mahal dan harus pula dilihat dalam pelbagai konteks kemanusiaan.

DULU ORANG MELAYU:

" NYO NOK TU GAK, NOK TU GAK KO MERDEKANYO"


Meski terpaksa menggadaikan maruah orang Melayu sendiri? Siapa yang lakukan ini semua?

Jadi tak usah sesekali kita nak tunjuk lagak.

Berhimpun untuk menarik balik hak-hak orang Melayu? Tapi apa tu...Apa hak orang Melayu yang nak diperjuangkan.

Lebih baik PERKASA berjuang untuk orang Islam. Jangan mengira BANGSA, tapi lebih baik mengira AGAMA. Ini lebih UNIVERSAL, malah lebih UNIK.

Lihat dulu apa yang berlaku dalam kesejagatan Melayu Raya ini. Sepatutnya orang Melayu hanya mengundi untuk satu parti saja tak perlu lebih, Cina satu parti dan India satu parti... Ini baru orang Melayu kuat. Cuba kita lihat:

Jika dulu semakin susah belajar tinggi semakin banyak peluang pekerjaan. Tapi sekarang semakin senang belajar tinggi. Berijazah konon. Kerja pula tiada, malah orang yang dah bekerja berbelas-belas tahun pun, tidak boleh terselih sikit...PECAT. PECAT...PECAT. Itu sahaja yang kerajaan tahu buat lain tak ada. Inilah sebenarnya punca yang harus disedari oleh PERKASA. Nama sahaja hebat, gagah, berani, perkasa konon. Apa yang kamu semua perjuangkan tak lebih dari MELUDAH KE LANGIT. MEMBUKA TOK PEKONG DI DADA. Orang kampung kata:

"Bahae tanah, jilat chok"

Inilah kerja yang kamu orang Melayu buat. Nak membela nasib orang Melayu konon...lucu dan bengap sekali.

Siapa yang menjahanamkan Melayu sebenarnya? Wahai PERKASA jawab. SIAPA?

ORANG CINA?

ORANG INDIA?

JEPUN. BANGLADESH. INDON. KEMBOJA. VIETNAM. ATANTUYA? SIAPA?

SOALAN SENANG PUN DAH KELAM KABUT NAK JAWAB LAGI NAK BUAT PERHIMPUNAN...

KONON MEMBELA NASIB ORANG MELAYU....TAK PAYAHLAH...

MENGHABISKAN DUIT SAHAJA...., BUAT SURA 2 - 3 KAWAH,  SEMBELIH LEMBU KERBAU SEEKOR DUA,  MAKAN BUAT KENDURI RAMAI-RAMAI...SEMBANG BENDA YANG KARUT-MARUT. GELAK SANA. GELAK SINI. MELALAK SANA....MENYALAK SINI. TERPEKIK TERLOLONG....


INI YANG NAK MEMBELA NASIB ORANG MELAYU?  BALIK LAH...

PADAHAL TAK LEBIH DARI UNTUK MENDAPATKAN PUBLISITI MURAHAN, DAN PERHATIAN SAHAJA. NAK MASUK INTERNET, NAK MASUK TV, NAK MASUK SURAT KHABAR.....SEDANGKAN ORANG KAMPUNG YANG SUSAH TAK TERBELA TAPI BUKIT PULA NAK DISALAKNYA...

INILAH SIFAT ORANG MELAYU YANG TAK BOLEH NAK BERUBAH....SEJAK DULU SAMPAI SEKARANG TAK PERNAH MAMPU DIUBAH OLEH SESIAPAPUN.... 

IAITU SUKA MENYIBUK HAL YANG TAK TENTU ARAH.....TAK TAHU HULU HILIR, TAK TAHU KEPALA EKOR.....TERKETUK TERKETAK...TERKETUK TERKETAK....

ORANG MELAYU DULU YANG BODOH PUN LEBIH BAIK DARI ORANG MELAYU SEKARANG YANG BIJAK-BIJAK BELAKA...KONON ALKISAHNYA..







0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code