As-Sufyani dan Bala Tenteranya Menyerang Imam Mahdi
A. Sabda Nabi SAW,
“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani akan muncul bersama-sama 360 pasukan (tentera) berkuda, kemudian dengan diiringi oleh 30,000 (tentera) yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaurak, iaitu suatu kota di Timur. Setelah itu, mereka menyerbu Kufah. Lantas (ketika itu) muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Yang memegang benderanya ialah seorang Pemuda dari Bani Tamim yang digelarkan Syuaib bin Saleh. Dia (at-Tamimi itu) kemudian menyerang sekelompok tawanan daripada penduduk Kufah dan membunuh semuanya. Setelah itu as-Sufyani mengerahkan sebahagian tenteranya (pergi menyerang) Madinah. Mereka terus menyerang Madinah selama tiga hari lalu menuju ke Makkah. Ketika mereka sampai di al-Baidak, Allah memerintahkan Jibril supaya menghentakkan kakinya dengan sekali hentakan, yang mana dengan hentakan itu, mereka jadi terbenam ke dalam bumi sehingga tidak berbaki melainkan dua orang yang kemudian menyampaikan (perihal) peristiwa tersebut kepada as-Sufyani. Tetapi as-Sufyani tidak menghiraukannya. Lalu dia mengirimkan dua orang (keturunan) Parsi untuk meminta bantuan (kerajaan Romawi) menaklukkan Kostantinopel. Oleh raja Romawi, permintaannya ini segera dikabulkan (lalu dihantar pasukan tentera yang ramai untuk membantu). Tetapi ketika kedua-dua orang (utusan) ini sampai di pintu gerbang Damsyik, mereka dibunuh orang. Selain itu, as-Sufyani juga membunuh orang yang mengingkari dirinya, bahawa ada seorang perempuan duduk-duduk di atas pahanya di pintu gerbang di Damsyik. Ketika itulah terdengar satu seruan dari langit, “Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”
Lalu ada satu pertanyaan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami dapat mengenalinya?” Jawab baginda, “Dia adalah dari keturunanku, iaitu perawakannya seakan-akan Bani Israel, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah wajahnya bercahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam (yang hidup). Dia tampan orangnya, berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, Wali-wali Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan pengikut-pengikutnya. Mereka kemudian pergi ke Makkah bersama-sama, lantas (setelah membaiat Imam Mahdi) berangkat (pula) ke Syam. Waktu itu, Jibril berada di depannya dan Mikail berada di belakangnya. Penghuni langit, penduduk bumi, burung-burung, binatang buas dan ikan-ikan di laut semuanya suka/redha kepadanya. Air menjadi mudah (didapati) di mana-mana negeri pun yang dikuasainya, sungai-sungainya mengalir (deras dan banyak), harta karun (melimpah ruah dan) mudah didapati. Dia lantas pergi ke Syam dan menyembelih as-Sufyani di bawah pokok yang dahan-dahannya (menjulur) sampai ke Laut Tibriyah.”
B. Sabda Nabi SAW,
"Seorang lelaki bernama As-Sufyani akan datang dari tengah kota Damsyik. Kebanyakan tenteranya adalah dari Bani Kalb. Dia akan membunuh (ramai orang) sehingga memperkosa wanita dan membunuh kanak-kanak. Maka datanglah suatu kaum dari Qais lalu membunuh mereka semuanya. Kemudian keluarlah seorang lelaki dari ahli keluargaku di Al-Hirrah dan berita itu sampai kepada As-Sufyani. Dia segera menghantar pasukan tenteranya tetapi menderita kekalahan (teruk). As-Sufyani bangun memimpin sendiri pasukan tenteranya sehingga mereka sampai di kawasan gurun lalu ditelan oleh bumi.”
Hadis tersebut menyatakan bahawa sebelum Imam Mahdi muncul, as-Sufyani akan muncul dan berkuasa terlebih dahulu. Tempatnya disebutkan sebagai tengah kota Damsyik, mempunyai angkatan tentera yang besar dan kuat. As-Sufyani yang dimaksudkan itu adalah Amerika Syarikat, manakala Kalb (bapa saudara as-Sufyani) yang dimaksudkan adalah Nato iaitu kuasa pakatan tentera Eropah Barat. Kekuatan tentera Kalb dan as-Sufyani digambarkan sebagai memiliki tiga ratus enam puluh pasukan berkuda. Jumlah itu sebenarnya adalah gambaran sahaja, untuk menunjukkan betapa kuat dan besarnya angkatan tentera berkenaan.
Pasukan berkuda yang dikatakan itu adalah kelengkapan ketenteraan yang terbaik dan tercanggih yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Nato. Pada zaman dahulu, memiliki pasukan berkuda adalah kelengkapan ketenteraan yang terbaik, dan pada masa ini, kelengkapan berkuda itu digantikan oleh jet-jet pejuang, kereta kebal, kapal perang terbesar, kapal selam, peluru berpandu jarak jauh, persenjataan termoden dan seterusnya. Itulah kias bagi tentera berkuda yang dimaksudkan oleh hadis berkenaan.
Pasukan tentera as-Sufyani ini menyerang Iraq, menyebabkan seramai seratus ribu orang terbunuh, kebanyakannya orang awam. Hadis ini tidak menyebutkan tentera yang mati. Angka seratus ribu orang itu hanyalah kiasan sahaja untuk menunjukkan jumlah yang sangat ramai, bukannya mesti tepat-tepat seratus ribu orang. Selain itu, dalam serangan ke atas Iraq ini, as-Sufyani dibantu dan dipimpin oleh Kalb yang menghantar sejumlah tiga puluh ribu orang tentera. Hadis ini telah benar-benar terjadi kerana memang Iraq telah benar-benar diserang oleh Amerika Syarikat dan dibantu oleh sekutu Eropahnya.
Setelah itu mereka menyerang Kufah pula iaitu negara-negara di Asia Tenggara. Kali ini serangan mereka bukan lagi menggunakan tentera tetapi menggunakan kekuatan ekonomi. Maka pada ketika itulah Pemuda Bani Tamim muncul dan mendapat kuasa di Timur yang baru diserang itu. Hal ini sangatlah mengejutkan Amerika Syarikat itu sendiri dan juga Eropah, terutamanya Britain dan Perancis. Britain dan Perancis adalah dua buah negara yang paling kuat menentang kebangkitan semula Islam serta paling takutkan kekuasaan Islam berkembang di dunia ini. Kedua-duanya paling banyak melaburkan kewangan untuk mengkaji, merisik kekuatan, mengintai dan mencari jalan melemahkan terus umat Islam. Mereka juga berusaha keras agar kebenaran hadis-hadis mengenai kejadian akhir zaman ini tidak berlaku.
Apabila Pemuda Bani Tamim muncul, maka muncul jugalah ketika itu as-Sufyani kedua atau as-Sufyani kecil iaitu pemimpin puak Syiah. Mereka ini menentang Pemuda Bani Tamim kerana mereka juga mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri, selain mempunyai hadis yang menceritakan kebangkitan Panji-panji Hitam. Oleh kerana yang bangkit itu adalah Panji-panji Hitam milik puak Ahlus Sunnah, mereka menentangnya kerana nyata bukan dari kalangan mazhab mereka yang Syiah itu. Mustahil pemilik Panji-panji Hitam yang Ahlus Sunnah itu akan menyerahkan panji-panji keramat itu kepada Imam Mahdi Syiah yang sudah pasti tidak akan muncul.
Mereka inilah yang akan mengetuai sendiri pasukan tentera yang berkelengkapan besar itu untuk menyerang kota suci Madinah. Tentera Syiah ini akan mendapat bantuan daripada tentera Eropah, bergabung menjadi satu pasukan yang lebih besar lagi. Pasukan ini akan menghancurkan kota suci Madinah dalam masa tiga hari sahaja sehingga menjadi rata dan yang tinggal hanyalah bekas-bekas bangunan yang runtuh. Masjid Nabawi yang amat mulia itu juga turut hancur dan tinggal sejarah sahaja. Itulah huraian bagi maksud dua buah hadis yang amat bertentangan sekali lafaz zahirnya. Dan tidak dinafikan, kerana pertentangan maksud zahir inilah, maka dengan mudah sahaja salah satu atau kedua-dua buah hadis ini terus sahaja dihukumkan maudhuk atau amat dhaif oleh beberapa ramai ulama dan pengkaji yang tidak begitu teliti dalam kajian mereka.
Semasa itu juga akan terdengar suara dari langit yang memberitahu tentang kemunculan Imam Mahdi di Makkah. Suara malaikat itu dapat didengar oleh semua orang dengan jelas, dapat difahami oleh setiap manusia, menurut bahasa masing-masing, sehingga yang sedang tidur akan terjaga, yang terlena akan turut mendengarnya. Suara itu terdengar seperti dekat dengan telinga mereka. Mereka saling bertanya kepada orang yang di sebelahnya sama ada turut mendengar apa yang dia dengar itu atau tidak. Yang tinggal di Malaysia akan bertanya kepada rakannya yang tinggal di Indonesia mengenai hal yang sama, begitu juga yang tinggal di negara-negara lain.
P/S:
PESANAN DARI MUSAFIR HINA.....
Wahai saudara islam ku semua,ingat lah ISLAM ADALAH SATU. Walaupun ISLAM ITU SATU tetapi kita semua kena ingat Junjungan kita MUHAMMAD BIN ABDULLAH RASULULLAH telah berpesan: Sesunguhnya ISLAM akan berpecah kepada 73 puak.Daripada 73 itu hanya 1 sahaja yang diterima oleh ALLAH.Satu puak yang diterimapun masih di bahagi kan kepada tiga GOLONGAN. 1)golongan ini kena hisab 2) golongan ini kena azab 3) golongan ini tampa hisab dan tampa azab. ketiga tiga golongan ini ISLAM nya di terima oleh ALLAH.Kenapa kah golongan ini diterima ALLAH?.......................... Wahai saudara ku semua,jangan lah selalu mencari kesalahan orang lain dan cari lah kesalahan diri sendiri.
Saudara saudara ku semua, Aku berpesan kepada diri ku dan kelian semuat terimalah ISLAM dan SUNNAH RASULULLAH (MUHAMMAH BIN ABDULLAH) secara keseluruhannya serta cuba amal kan sifat safit ini didalam kehidupan harian.
1)Sifat BENAR.
2)Sifat AMANAH.
3)Sifat MENYAMPAI.
4)Sifat BIJAKSANA.
Empat sifat ini hendaklan MENGIKUT kehendak ALLAH DAN RASULULLAH.
Saudarku semua ingat lah dan cari lah GURU yang Benar2 mengerti akan agama ISLAM kita yang SUCI ini.
JANGAN HANYA BELAJAR DI INTERNET SAHAJA....

0 comments:
Catat Ulasan