Khamis, 26 September 2013

PRK KUALA BESUT-SATU PEMBAZIRAN -RM 8 JUTA HANGUS BEGITU SAJA!!!




APA rasionalnya dengan menghantar pasukan keselamatan dengan begitu ramai utk melaksanakan PRK (Pilihan Raya Kecil) Kuala Besut. Tak masuk akal perbelanjaan yang banyak dihabiskan. Namun kawasan parlimen Besut yang dipenuhi dengan kelab dan karaoke yang beroperasi hingga larut malam menjadi pilihan kepada mereka yang gemar berhibur...

Perbelanjaan polis dalam pilihan raya kecil Kuala Besut baru-baru ini melebihi RM8 juta, Parlimen diberitahu hari ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, angka itu melibatkan 3,364 orang pegawai polis yang ditugaskan di situ.

Daripada RM8.36 juta itu, kira-kira RM5.7 juta diperuntukkan untuk sewaan khemah untuk kegunaan kerja pegawai-pegawai.

Bagaimanapun, Loke berkata, nisbah anggota polis berbanding penduduk juga tinggi, dengan seorang pegawai untuk setiap lima penduduk Kuala Besut.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code